sidebar
sidebar

SOALAN LAZIM

Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan

Sila Klik Link untuk ke Pautan yang berkaitan dengan Soalan Lazim (FAQ) mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (18 Mac hingga 31 Mac 2020)

Umum

Mengapa Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah diwujudkan?

Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Melaka telah disediakan secara online dan Laman Web Rasmi ini diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.

Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah?

Umumnya, Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat.

Apakah dasar privasi Laman Web Rasmi PDTMT? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?

Segala akses dan penggunaan anda ke atas Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan' di bahagian bawah setiap halaman.

Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah?

Tel: 06-333 3333

Faks: 06-2326027

Email: pdtmt@melaka.gov.my

Facebook: https://www.facebook.com/pejabat.daerah.tanah.melakatengah

Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas / aduan / cadangan perkhidmatan PDTMT?

Maklumbalas boleh dimuat turun di Menu Perkhidmatan > Muaturun > Borang Maklumbalas Perkhidmatan dan fax ke 06-2326721 atau email ke pdtmt@melaka.gov.my.

Aduan boleh dibuat melalui Portal SISPAA.

Apakah itu Cukai Tanah?

Cukai Tanah mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 ditakrifkan sebagai:

a) Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai Cukai Sewa.

b) Apa-apa pembayaran tahunan lain terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri yang menurut mana-mana undang-undang bertulis hendaklah dipungut seolah-olah ia adalah cukai sewa atau hasil tanah.

Apakah itu Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah?

Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Tanah dan Daerah Melaka Tengah melalui Internet.

Khusus

Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Tidak Menerima Bil Cukai Tanah?

a) Bil dipos sebagai inisiatif peringatan kepada pemilik tanah.

b) Jika tidak diterima Januari–April, pemilik tetap bertanggungjawab membayar di Pejabat Pentadbir Tanah.

c) Hubungi 06-333 3333 (ext 5111/5112/5119) atau semak menggunakan kad pengenalan.

d) Pastikan alamat dan nombor telefon sentiasa dikemaskini.

Apakah Tindakan Yang Diambil Sekiranya Tidak Menjelaskan Bayaran Cukai Tanah?

Kegagalan membayar akan menyebabkan Notis Borang 6A dikeluarkan. Jika masih gagal dalam tempoh 3 bulan, perintah pelucuthakan akan dilaksanakan dan tanah menjadi Tanah Kerajaan.

Bilakah Cukai Tanah Perlu Dibayar?

a) 1 Januari hingga 31 Mei setiap tahun walaupun tidak menerima bil.

b) Selepas 31 Mei akan menjadi tunggakan.

c) Denda lewat dikenakan selepas 31 Mei.

Adakah Cukai Tanah Sama Dengan Cukai Pintu?

a) Tidak sama. Cukai Tanah tertakluk kepada KTN 1965, Cukai Pintu kepada Akta Kerajaan Tempatan 1976.

b) Tunggakan cukai tanah boleh menyebabkan hartanah dirampas.

c) Tunggakan cukai pintu boleh menyebabkan bangunan disita.

Siapakah Yang Perlu Membayar Cukai Tanah?

a) Pemilik berdaftar atau wakilnya.

b) Pembeli hartanah baru selepas pindah milik berlaku.

Bagaimana saya boleh memberi pendapat atau maklum balas?

Maklumbalas boleh diberi melalui halaman Maklumbalas. Sebarang pertanyaan, komen dan cadangan adalah dialu-alukan.

Bilakah waktu operasi bagi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah?

Isnin - Khamis: 8.00 pagi - 5.00 petang (rehat 1.00 - 2.00 petang)

Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang (rehat 12.15 - 2.45 petang)

Di manakah cukai tanah yang perlu dibayar?

Kaunter PDT Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin

Kaunter UTC Aras 5

Kaunter PBT - MBMB, MPHTJ, MPJ, MPAG

Pejabat Pos dan BSN

Apakah peranan Pejabat Daerah & Tanah Melaka Tengah (PDTMT)?

PDTMT berperanan sebagai agensi pemungut hasil/cukai kerajaan negeri, pentadbir dan perancang pembangunan daerah, jabatan penghubung kerajaan, serta urusetia perancangan dan pembangunan tanah daerah.

Bolehkah pembayaran dibuat secara atas talian dan bagaimana caranya?

Pembayaran boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MelakaPay atau aplikasi mobil MelakaPay.