Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah
-
Utama
PROFIL KORPORAT
PROFIL DAERAH
PERKHIDMATAN
INFO
DASAR KERAJAAN
- DASAR KESELAMATAN ICT NEGERI MELAKA VERSI 2.0
- DASAR KESELAMATAN ICT NEGERI MELAKA VERSI 2.1
- DASAR KESELAMATAN ICT NEGERI MELAKA VERSI 2.2
- DASAR KESELAMATAN ICT NEGERI MELAKA VERSI 2.3
- KADAR BAYARAN PINDAAN KEPADA KAEDAH TANAH MELAKA 1966 - MLR
- PELAN STRATEGIK ICT PENTADBIRAN TANAH NEGERI MELAKA 2019 - 2023
- PELAN STRATEGIK JABATAN
- PELAN INDUK KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN
- PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGURUSAN KESELAMATAN PEJABAT
GALERI
PAUTAN
Kualiti
-
SOALAN LAZIM
MAKLUM BALAS




MESYUARAT PENUTUP AUDIT LUAR OLEH JABATAN AUDIT NEGARA
MESYUARAT PENUTUP AUDIT LUAR OLEH JABATAN AUDIT NEGARA
📅 18 September 2026 | Jumaat
Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah (PDTMT) telah mengadakan Mesyuarat Penutup Audit Luar bersama pihak Jabatan Audit Negara pada 18 September 2026 (Jumaat).
Sesi pengauditan ini telah berlangsung selama dua (2) minggu, bermula pada 7 hingga 18 September 2026, bagi menilai tahap pematuhan terhadap prosedur, peraturan serta pengurusan pentadbiran dan kewangan jabatan.
Mesyuarat penutup ini menjadi platform bagi membincangkan hasil penemuan audit, mendapatkan maklum balas serta mengenal pasti ruang penambahbaikan ke arah memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan pengurusan dan memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti.
Pihak PDTMT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan Jabatan Audit Negara atas kerjasama, panduan serta komitmen yang diberikan sepanjang tempoh pengauditan berlangsung.
Semoga hasil pengauditan ini dapat dimanfaatkan dalam usaha mempertingkatkan integriti, akauntabiliti dan kecemerlangan pengurusan jabatan secara berterusan.
PEJABAT DAERAH DAN TANAH MELAKA TENGAH
Khidmat Mesra Anda Selesa
#PDTMT
#JabatanAuditNegara
#AuditLuar
#TadbirUrusBaik
#IntegritiDanAkauntabiliti
#MelakaSayangRakyat


RUTIN MINGGUAN NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN DAN LAGU MELAKAKU MAJU JAYA
12.10.2026 (Isnin) - Sebagai tanda semangat patriotisme, kecintaan kepada negara serta taat setia kepada Negeri Melaka, warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah (PDTMT) bersama-sama berdiri tegak bagi menghormati lagu kebangsaan Negaraku dan lagu rasmi Negeri Melaka MelakaKu Maju Jaya pada setiap hari Isnin.
Amalan ini merupakan rutin mingguan yang dilaksanakan di jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Melaka sebagai usaha menyemai semangat cintakan negara, memperkukuh jati diri serta memupuk nilai disiplin dan perpaduan dalam kalangan penjawat awam.
Semoga amalan ini terus menjadi simbol kebanggaan, kesetiaan dan komitmen warga perkhidmatan awam dalam melaksanakan amanah kepada agama, bangsa, negeri dan negara.
Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni
PEJABAT DAERAH DAN TANAH MELAKA TENGAH
Khidmat Mesra Anda Selesa
#PDTMT
#MelakaMajuJaya
#Negaraku
#PenjawatAwam
#MelakaSayangRakyat
Pejabat Daerah & Tanah Melaka Tengah
Aras Bawah & 1, Bangunan Wisma Negeri,
Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
pdtmt@melaka.gov.my
Telefon: 06-333 3333 ( Call Centre)
Fax: 06-2326721 (Pentadbiran) / 06-2326582 (Tanah)
UTC
UTC Melaka, Aras 5, Wisma UTC, Jalan Hang Tuah, 75300, Melaka
Waktu Operasi Kaunter
Wisma Negeri:
Isnin-Jumaat
8:00 pagi - 3:30 petang (Unit Hasil)
8:00 pagi - 4:30 petang (Selain Unit Hasil)Waktu Rehat - Kaunter Hasil Tetap Beroperasi Termasuk Hari Jumaat
Kaunter UTC:
Isnin-Jumaat
8:30 pagi - 7:00 malamSabtu-Ahad
8:30 pagi - 4:00 petang
©2026 Hakcipta Terpelihara. Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah
Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox 25+ Chrome 25+ IE9+. Resolusi paparan 1024+







