Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah

sidebar

MESYUARAT PENUTUP AUDIT LUAR OLEH JABATAN AUDIT NEGARA

2026-09-17

MESYUARAT PENUTUP AUDIT LUAR OLEH JABATAN AUDIT NEGARA

📅 18 September 2026 | Jumaat

Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah (PDTMT) telah mengadakan Mesyuarat Penutup Audit Luar bersama pihak Jabatan Audit Negara pada 18 September 2026 (Jumaat).

Sesi pengauditan ini telah berlangsung selama dua (2) minggu, bermula pada 7 hingga 18 September 2026, bagi menilai tahap pematuhan terhadap prosedur, peraturan serta pengurusan pentadbiran dan kewangan jabatan.

Mesyuarat penutup ini menjadi platform bagi membincangkan hasil penemuan audit, mendapatkan maklum balas serta mengenal pasti ruang penambahbaikan ke arah memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan pengurusan dan memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti.

Pihak PDTMT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan Jabatan Audit Negara atas kerjasama, panduan serta komitmen yang diberikan sepanjang tempoh pengauditan berlangsung.

Semoga hasil pengauditan ini dapat dimanfaatkan dalam usaha mempertingkatkan integriti, akauntabiliti dan kecemerlangan pengurusan jabatan secara berterusan.

PEJABAT DAERAH DAN TANAH MELAKA TENGAH
Khidmat Mesra Anda Selesa

#PDTMT
#JabatanAuditNegara
#AuditLuar
#TadbirUrusBaik
#IntegritiDanAkauntabiliti
#MelakaSayangRakyat

RUTIN MINGGUAN NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN DAN LAGU MELAKAKU MAJU JAYA

2026-10-12

12.10.2026 (Isnin) - Sebagai tanda semangat patriotisme, kecintaan kepada negara serta taat setia kepada Negeri Melaka, warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah (PDTMT) bersama-sama berdiri tegak bagi menghormati lagu kebangsaan Negaraku dan lagu rasmi Negeri Melaka MelakaKu Maju Jaya pada setiap hari Isnin.

Amalan ini merupakan rutin mingguan yang dilaksanakan di jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Melaka sebagai usaha menyemai semangat cintakan negara, memperkukuh jati diri serta memupuk nilai disiplin dan perpaduan dalam kalangan penjawat awam.

Semoga amalan ini terus menjadi simbol kebanggaan, kesetiaan dan komitmen warga perkhidmatan awam dalam melaksanakan amanah kepada agama, bangsa, negeri dan negara.

Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni

PEJABAT DAERAH DAN TANAH MELAKA TENGAH
Khidmat Mesra Anda Selesa

#PDTMT
#MelakaMajuJaya
#Negaraku
#PenjawatAwam
#MelakaSayangRakyat