FAQ Sistem e-TANAH 2.0 NEGERI MELAKA

Pengenalan Sistem

Sistem e-Tanah?

Sistem e-Tanah merupakan satu Aplikasi Kerajaan Elektronik (e-Government) yang dibangunkan secara bersepadu, telah direalisasikan dengan kerjasama sektor awam-swasta bagi mengurangkan kebergantungan kepada dokumen fizikal, mempercepat urusan, serta menjamin integriti pengurusan data.

Inisiatif ini melibatkan sinergi erat tiga pihak (Tripartit) di antara Kerajaan Persekutuan iaitu Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bersama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Kerajaan Negeri Melaka melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri Melaka (PTGM) serta pihak syarikat konsesi iaitu Puncak Tegap Sdn Bhd.

Model perkongsian pintar ini membuktikan bahawa gabungan kepakaran sektor awam dan dinamisme sektor swasta mampu membuahkan hasil yang berimpak tinggi demi kemaslahatan rakyat.

01

Lanskap Sistem e-Tanah 2.0 Negeri Melaka

Sistem e-Tanah 1.0 telah digunakan di Negeri Melaka sejak tahun 2014. Bilangan 4 modul telah dipertingkatkan menjadi 9 modul dalam Sistem e-Tanah 2.0 yang meliputi keseluruhan urusan tanah Negeri Melaka secara digital dan bersepadu.

Sistem e-Tanah 2.0 ini dibangunkan bagi menggantikan sistem e-Tanah 1.0 yang telah beroperasi lebih 10 tahun dan berdepan risiko teknologi usang.

02

Matlamat Sistem e-Tanah 2.0

Matlamat dan objektif Sistem e-Tanah 2.0 adalah untuk membangunkan dan mendigitalkan sistem pentadbiran tanah elektronik (Jadual 16 Kanun Tanah Negara 1965) dan sistem hak milik strata elektronik (Jadual 6 Akta Hak Milik Strata 1985) untuk pentadbiran tanah negeri yang lebih holistik, efektif, telus dan berintegriti.

Sistem e-Tanah 2.0 mula dilaksanakan di Negeri Melaka pada 22 Jun 2026 dan melalui proses pembangunan sistem selama 18 bulan. Paradigma yang dibawa oleh Sistem e-Tanah 2.0 adalah selaras dengan dasar Kerajaan Persekutuan ke arah Digitalisasi Perkhidmatan Kerajaan dan seiring dengan lanskap Kerajaan Negeri Melaka yang bergerak ke arah Negeri Digital di bawah Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035.

Sistem ini menekankan kecekapan pentadbiran, ketelusan sistem dan kesiapsiagaan menghadapi lanskap ekonomi digital masa hadapan.

Perkhidmatan Digital dan Fizikal

Perkhidmatan Sistem e-Tanah 2.0

Sistem e-Tanah 2.0 menyediakan pelbagai saluran perkhidmatan bagi memudahkan orang awam melaksanakan urusan tanah secara dalam talian atau melalui kemudahan fizikal yang disediakan.

Portal Awam

Web Portal dan Mobile Apps

Melalui Portal Awam (Web Portal dan Mobile Apps) , pelbagai urusan boleh dilakukan seperti Semakan Hakmilik, Status Urusan, Semakan dan Bayaran Cukai. Untuk pendaftaran akaun Portal Awam, sila rujuk Panduan Pengguna untuk mendaftar.

Perkhidmatan Kaunter Setempat

SPoC

Perkhidmatan Kaunter Setempat (SPoC – Single Point Of Contact) – Merupakan kaunter yang telah dinaik taraf sebagai kaunter setempat dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan di satu kaunter yang sama dan tidak memerlukan perpindahan kaunter lain seperti sebelum ini.

Penyediaan Kiosk Awam

Layan Diri

Penyediaan Kiosk Awam – perkhidmatan kiosk pula disediakan di setiap pejabat pentadbiran tanah bagi memudahkan pengguna dan orang awam melaksanakan segala urusan secara atas talian.

Perkhidmatan Digital e-Tanah

Perkhidmatan Portal Awam Sistem e-Tanah 2.0

Antara perkhidmatan yang diperkenalkan secara atas talian melalui Portal Awam Sistem e-Tanah adalah seperti berikut:

e-Carian

e-Carian – satu perkhidmatan yang mudah, dimana para pengguna tidak lagi perlu ke kaunter untuk membuat Carian Persendirian, Carian Rasmi, sebenarnya mendapatkan hasil carian hanya secara atas talian di Portal Awam.

Permohonan Atas Talian (Online)

Permohonan Atas Talian (Online) – merupakan satu perkhidmatan yang sangat penting dimana pengguna boleh membuat permohonan secara atas talian bagi setiap urusan, walau bagaimanapun aktiviti Perisian dokumen secara fizikal bagi beberapa urusan masih dipraktikkan (tertakluk kepada perundangan) di peringkat awal perlaksanaan Sistem e-Tanah di kaunter-kaunter Pejabat Tanah.

e-Semakan

e-Semakan – satu kelebihan untuk mengetahui status permohonan/urusan yang telah dibuat hanya melalui atas talian Portal Awam, samada urusan yang dipohon telah selesai atau perlu membuat kutipan sebelum datang ke kaunter Pejabat Tanah.

e-Bayaran

e-Bayaran – membolehkan untuk menyemak dan membuat pembayaran secara atas talian. Penyata cukai tanah boleh dijana secara atas talian di Portal Awam, penyata cukai tanah semasa tidak lagi dicetak dan dihantar secara pos pada masa akan datang.

Nota: Pelanggan disarankan untuk menggunakan browser Google Chrome atau Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan terbaik.
Perkhidmatan Carian Digital

e-Carian

e-Carian adalah salah satu fungsi dalam Portal Awam e-Tanah yang membolehkan pelanggan membuat carian persendirian secara atas talian. Pengguna tidak perlu lagi pergi ke kaunter untuk carian persendirian, sebaliknya hanya perlu akses ke Portal Awam untuk membuat urusan tersebut.

Pendaftaran Akaun Pengguna untuk Membuat e-Carian

Pelanggan perlu mendaftar Akaun Pengguna sebelum dapat membuat sebarang urusan pendaftaran termasuk e-Carian.

Urusan dan Permohonan Digital

Urusan dan Permohonan

Kemudahan Portal Awam membolehkan pelanggan menyemak status, memuat turun dokumen, membuat cetakan dan melaksanakan urusan secara atas talian dengan lebih mudah.

Semakan Berkaitan Status Permohonan

Pelanggan boleh membuat semakan status permohonan melalui e-Semakan di Portal Awam. Pelanggan juga akan menerima notifikasi melalui emel yang didaftarkan dan juga di Portal Awam.

Muat Turun Resit, Sijil atau Dokumen

Pelanggan boleh memuat turun resit, sijil atau dokumen yang berkaitan dari Portal Awam untuk simpanan secara ‘softcopy’.

Cetakan Dokumen

Pelanggan boleh mencetak Resit atau Dokumen di Portal Awam dengan menekan ikon cetak, namun dinasihati untuk lebih cakna kerana sesetengah Resit atau Dokumen tertentu, jumlah cetakan yang boleh dibuat hanya sebanyak 3 kali sahaja. Sila dapatkan maklumat yang tepat serta semak dahulu informasi yang berkaitan.

Faedah dan Implikasi

Portal Awam Sistem e-Tanah 2.0 Memberikan Pengalaman Yang Positif kepada Pelanggan

Sistem ini direka untuk mempercepatkan urusan, memudahkan akses dan membolehkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan tanah pada bila-bila masa.

Cepat

Cepat - urusan keseluruhan di Pejabat Tanah dapat dipercepatkan melalui Portal Awam, malah dengan pengenalan kaunter SPoC yang merupakan kaunter setempat akan memudahkan pelanggan mendapatkan kepelbagaian perkhidmatan urusan dan transaksi.

Mudah

Mudah – memudahkan untuk membuat sebarang urusan dan permohonan secara atas talian dimana pelanggan tidak lagi perlu secara fizikal ke Pejabat Tanah dan tidak perlu beratur untuk membuat urusan. Malah Permohonan dan Semakan boleh dilakukan secara atas talian dan ini akan meningkatkan kualiti penyampaian dengan kadar responsive yang efektif.

Akses Setiap Masa

Akses Setiap Masa – pelanggan dapat membuat urusan dan permohonan melalui Portal Awam yang diakses secara atas talian pada bila-bila masa dan di mana sahaja termasuk aktiviti bayaran.

Implikasi dan Impak Sistem e-Tanah 2.0

Kesan Strategik kepada Negeri Melaka

Inspirasi dan Aspirasi Negeri

Inspirasi dan Aspirasi Negeri – pelaksanaan sistem ini adalah selari dengan Visi Digital Melaka di bawah Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 yang menekankan kecekapan dan kesiapsiagaan.

Kecekapan Pentadbiran Tanah

Kecekapan Pentadbiran Tanah - meningkatkan penyampaian dan tatakelola perkhidmatan dan pentadbiran tanah dimana satu sistem dan satu pengkalan data digunakan untuk mengakses maklumat secara digital, bersepadu dan cekap. Ini juga dapat menambahbaik budaya kerja, mengurangkan kerenah birokrasi serta membantu mempercepatkan proses domestik yang memberi kesan kepada perancangan tanah yang lebih strategik dan mampan.

Pembangunan Hartanah

Pembangunan Hartanah - pelaksanaan ini dapat mempercepatkan proses pembangunan hartanah, merangsang transaksi dan nilai hartanah, dan juga dapat memudahkan orang awam/korporat untuk melaksanakan urusan berkaitan tanah.

Panduan dan Sokongan Pengguna

Panduan Pengguna dan Perkhidmatan Meja Bantuan

Rujukan panduan dan saluran bantuan disediakan bagi membantu pelanggan menggunakan Portal Awam Sistem e-Tanah dengan lebih mudah dan teratur.

Panduan Pengguna di Portal Awam

Pelanggan boleh merujuk kepada Panduan Pengguna yang disediakan di Portal Awam sebagai rujukan. Layari Portal Awam e-Tanah Negeri Melaka, kemudian klik Panduan Pengguna di skrin log masuk yang terletak di sebelah atas Menu Utama.

Maklumat Hubungan

Hubungi Meja Bantuan e-Tanah

Talian Hotline Helpdesk
03-8084 1000 (e-Tanah Helpdesk)
Masa Sokongan Hotline
Isnin - Jumaat (8 pagi – 5 petang)