PROFIL JABATAN SEKSYEN DALAMAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT
OBJEKTIF
- Memastikan semua maklumat tanah berkomputer disimpan dan diselenggara dengan baik untuk kegunaan pentadbiran tanah selaras dengan objektif jabatan, negeri dan negara.
- Menjadikan SeksyenTeknologi Maklumat sebagai pemangkin kepada kemajuan dan profesionalisme jabatan dan negeri.
- Melaksanakan tugas sebagai pusat pengkomputeran yang akan memberi khidmat pengkomputeran bagi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Melaka (PTG) dan Jabatan di bawahnya meliputi aspek-aspek menilai dan menggubal perancangan pengkomputeran, kajian dan pembangunan sistem, kawalan proses pengkomputeran jabatan, khidmat kepakaran pengkomputeran dan penyelarasan antara Jabatan PTG dengan jabatan-jabatan lain dalam aspek pengkomputeran.
- Memberi perkhidmatan ICT yang diperlukan kepada semua Seksyen di bawah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka khasnya termasuk Pejabat Tanah dan Daerah amnya dalam pelaksanaan program-program ICT yang telah ditetapkan.
- Memastikan kakitangan pentadbiran Tanah Negeri mendapat pendedahan kepada teknologi maklumat bagi memasuki Era Kerajaan Elektronik selaras dengan pembangunan pentadbiran negara.
- Membantu meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kualiti pentadbiran dan pengurusan Jabatan.
FUNGSI
- Merancang, melaksana dan menyelenggara program pengkomputeran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka khasnya dan seluruh Pentadbiran Tanah Negeri Melaka amnya.
- Mengendalikan serta memberi perkhidmatan ICT yang berkaitan kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian khasnya serta Pejabat Tanah dan Daerah amnya.
- Memantau dan menilai keberkesanan penggunaan ICT dalam pelaksanaan sesuatu program dan mencadangkan alternatif yang lebih berkesan.
- Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal serta bimbingan teknikal yang diperlukan.
Seksyen Dalaman
Khidmat Pengurusan dan Kualiti
Pendaftaran Hakmilik Geran Tanah
Pembangunan Tanah
Pelupusan Tanah, Urusetia MMKN & Dewan
Penguatkuasaan dan Teknikal
Strata
Hasil
Perundangan
Tarikh Akhir Kemaskini :: 14-08-2016 :: 08:01 PM