PROFIL JABATAN  SEKSYEN DALAMAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT

OBJEKTIF

  • Memastikan semua maklumat tanah berkomputer disimpan dan diselenggara dengan baik untuk kegunaan pentadbiran tanah selaras dengan objektif jabatan, negeri dan negara.
  • Menjadikan SeksyenTeknologi Maklumat sebagai pemangkin kepada kemajuan dan profesionalisme jabatan dan negeri.
  • Melaksanakan tugas sebagai pusat pengkomputeran yang akan memberi khidmat pengkomputeran bagi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Melaka (PTG) dan Jabatan di bawahnya meliputi aspek-aspek menilai dan menggubal perancangan pengkomputeran, kajian dan pembangunan sistem, kawalan proses pengkomputeran jabatan, khidmat kepakaran pengkomputeran dan penyelarasan antara Jabatan PTG dengan jabatan-jabatan lain dalam aspek pengkomputeran.
  • Memberi perkhidmatan ICT yang diperlukan kepada semua Seksyen di bawah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka khasnya termasuk Pejabat Tanah dan Daerah amnya dalam pelaksanaan program-program ICT yang telah ditetapkan.
  • Memastikan kakitangan pentadbiran Tanah Negeri mendapat pendedahan kepada teknologi maklumat bagi memasuki Era Kerajaan Elektronik selaras dengan pembangunan pentadbiran negara.
  • Membantu meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kualiti pentadbiran dan pengurusan Jabatan.

 

FUNGSI

  1. Merancang, melaksana dan menyelenggara program pengkomputeran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka khasnya dan seluruh Pentadbiran Tanah Negeri Melaka amnya.
  1. Mengendalikan serta memberi perkhidmatan ICT yang berkaitan kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian khasnya serta Pejabat Tanah dan Daerah amnya.
  1. Memantau dan menilai keberkesanan penggunaan ICT dalam pelaksanaan sesuatu program dan mencadangkan alternatif yang lebih berkesan.
  1. Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal serta bimbingan teknikal yang diperlukan.

 

 

Seksyen Dalaman      Khidmat Pengurusan dan Kualiti    Pendaftaran Hakmilik Geran Tanah    Pembangunan Tanah    Pelupusan Tanah, Urusetia MMKN & Dewan    Penguatkuasaan dan Teknikal    Strata    Hasil    Perundangan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 14-08-2016 :: 08:01 PM
© 2015   - 2017 Hakcipta Terpelihara
Pejabat Tanah & Galian Melaka
Laman web ini kali terakhir dikemaskini pada  Rabu, 26 Julai 2017  12:01:27