PROFIL JABATAN SEKSYEN DALAMAN
PERUNDANGAN
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan perundangan yang terbaik dengan cekap, adil dan efektif mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Melaka serta undang-undang Malaysia sedia ada.
FUNGSI UTAMA
- Memberikan khidmat nasihat, ulasan dan pandangan undang-undang kepada Pengarah Negeri dan Pentadbir Tanah Daerah berhubung sebarang isu berkaitan tanah.
- Bertanggungjawab menderaf apa-apa pindaan perundangan subsidiari berkaitan seperti Kaedah-kaedah Tanah Melaka 1966 dan Kaedah Hakmilik Strata 2002.
- Menderaf dan menyemak apa-apa warta yang disediakan oleh Seksyen dalaman khususnya Seksyen Pembangunan Tanah, Strata dan Pendaftaran dan bertangunggjawab menyimpan semua dokumen Warta asal yang telah disiarkan untuk Pejabat Tanah dan Galian Melaka.
- Meneliti dan memberi arahan kepada kertas-kertas siasatan mengenai kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Hakmilik Strata 1985.
- Membantu Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Melaka meyediakan kertas-kertas kausa, dokumen dan maklumat mengenai kes-kes sivil yang melibatkan undang-undang tanah.
- Mengendalikan pendakwaan di mahkamah bagi kes-kes kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Hakmilik Strata 1985.
- Bertanggungjawab menyemak perjanjian, Memorandum atau lain-lain dokumen undang-undang.
Seksyen Dalaman
Khidmat Pengurusan dan Kualiti
Pendaftaran Hakmilik Geran Tanah
Pembangunan Tanah
Pelupusan Tanah, Urusetia MMKN & Dewan
Penguatkuasaan dan Teknikal
Strata
Hasil
Teknologi Maklumat
Tarikh Akhir Kemaskini :: 20-10-2015 :: 11:58 AM