PROFIL JABATAN  SEKSYEN DALAMAN

PERUNDANGAN

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan perundangan yang terbaik dengan cekap, adil dan efektif mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Melaka serta undang-undang Malaysia sedia ada.

FUNGSI UTAMA

  • Memberikan khidmat nasihat, ulasan dan pandangan undang-undang kepada Pengarah Negeri dan Pentadbir Tanah Daerah berhubung sebarang isu berkaitan tanah.
  • Bertanggungjawab menderaf apa-apa pindaan perundangan subsidiari berkaitan seperti Kaedah-kaedah Tanah Melaka 1966 dan Kaedah Hakmilik Strata 2002.
  • Menderaf dan menyemak apa-apa warta yang disediakan oleh Seksyen dalaman khususnya Seksyen Pembangunan Tanah, Strata dan Pendaftaran dan bertangunggjawab menyimpan semua dokumen Warta asal yang telah disiarkan untuk Pejabat Tanah dan Galian Melaka.
  • Meneliti dan memberi arahan kepada kertas-kertas siasatan mengenai kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Hakmilik Strata 1985.
  • Membantu Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Melaka meyediakan kertas-kertas kausa, dokumen dan maklumat mengenai kes-kes sivil yang melibatkan undang-undang tanah.
  • Mengendalikan pendakwaan di mahkamah bagi kes-kes kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Hakmilik Strata 1985.
  • Bertanggungjawab menyemak perjanjian, Memorandum atau lain-lain dokumen undang-undang.
Seksyen Dalaman      Khidmat Pengurusan dan Kualiti    Pendaftaran Hakmilik Geran Tanah    Pembangunan Tanah    Pelupusan Tanah, Urusetia MMKN & Dewan    Penguatkuasaan dan Teknikal    Strata    Hasil    Teknologi Maklumat 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 20-10-2015 :: 11:58 AM
© 2015   - 2017 Hakcipta Terpelihara
Pejabat Tanah & Galian Melaka
Laman web ini kali terakhir dikemaskini pada  Rabu, 26 Julai 2017  12:01:27