PROFIL JABATAN  SEKSYEN DALAMAN

HASIL

Objektif Seksyen Hasil
 
1)  Mempertingkatkan prestasi kutipan hasil tanah melalui pemantauan dengan Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah
 
2)  Meningkatkan kutipan hasil tanah menerusi penyelidikan dan kempen kesedaran membayar cukai serta menyelaras penguatkuasaan peraturan-peraturan  tanah mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1965 dan Malacca        Land Rules 1966.
 
3)  Memperkenalkan sistem kutipan hasil cukai tanah yang lebih efisyen dan efektif bagi maksud pemantauan dan mengurangkan kebocoran hasil
 
4)  Mengurangkan tunggakan hasil cukai tanah menerusi strategi yang mematuhi kehendak undang-undang
 
5)  Membuat penambahbaikkan dalam sistem kutipan hasil tanah.
 
 
Fungsi Seksyen Hasil
 
1)  Memantau kutipan hasil tanah bagi Pejabat Tanah dan Daerah di Negeri Melaka iaitu Pejabat Tanah Melaka Tengah, Pejabat Tanah Alor Gajah, dan Pejabat Tanah Jasin.
 
2)  Menguruskan kutipan hasil daripada agensi pemungut POS Malaysia Berhad, BSN, dan kutipan online FPX.
 
3)  Menyediakan laporan mingguan dan bulanan bagi kutipan hasil tanah daripada seluruh Pejabat Tanah Negeri Melaka.
 
4)  Mengumpul maklumat berkaitan dengan hasil supaya dapat digunakan bagi tujuan perancangan.
 
5)  Menyediakan, menyemak dan menganalisis data untuk kajian kes dan kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan kutipan hasil negeri .

Seksyen Dalaman      Khidmat Pengurusan dan Kualiti    Pendaftaran Hakmilik Geran Tanah    Pembangunan Tanah    Pelupusan Tanah, Urusetia MMKN & Dewan    Penguatkuasaan dan Teknikal    Strata    Perundangan    Teknologi Maklumat 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 07-04-2016 :: 02:55 PM
© 2015   - 2017 Hakcipta Terpelihara
Pejabat Tanah & Galian Melaka
Laman web ini kali terakhir dikemaskini pada  Isnin, 25 September 2017  16:29:45