PROFIL JABATAN  SEKSYEN DALAMAN

STRATA

  • Unit Strata adalah pusat memproses setempat pengeluaran hakmilik strata bagi Negeri Melaka.
  • Memastikan aktiviti proses permohonan SiFUS, pengeluaran Hakmilik Strata, permit Ruang Udara (Pembangunan Strata), Sijil Perbadanan Pengurusan, dan penguatkuasaan Akta Hakmilik Strata di Pejabat Tanah dan Galian Melaka dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan terancang mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan di dalam piagam pelanggan.

Objektif Unit Strata

  1. Memproses permohonan lengkap Hakmilik Strata dalam tempoh 170 hari.
  2. Memproses permohonan lengkap Permit Ruang Udara.
  3. Memproses permohonan lengkap Hakmilik Strata Gantian.
  4. Memproses permohonan lengkap Sijil Perbadanan Pengurusan.
  5. Menguatkuasakan peruntukan Undang-Undang yang telah digariskan dalam Akta Hakmilik Strata 1985.
  6. Menangani dan menyelesaikan permohonan-permohonan hakmilik strata yang tidak lengkap dan tidak memohon menerusi mesyuarat Ekspress dan Mesyuarat Khas yang melibatkan Pentadbir Tanah dan Agensi-Agensi lain yang berkaitan.

Fungsi Unit Strata

  1. Menyelaras dan memproses permohonan iaitu menerima permohonan, menyemak, merekod, mengawalselia data dan rekod permohonan SiFUS dan Hakmilik Strata.
  2. Mengurus surat menyurat berkaitan dengan permohonan dan berurusan dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Cawangan Melaka.
  3. Menyediakan kertas pertimbangan kelulusan permohonan berkaitan SiFUS dan Hakmilik Strata.
  4. Menjalankan penguatkuasaan permohonan melalui siasatan dan mendapatkan data-data pemaju yang belum memohon Hakmilik Strata.
  5. Menjalankan pendakwaan secara bertulis dan penghantaran notis kepada pemaju yang gagal memohon Hakmilik Strata dalam tempoh yang ditetapkan di bawah Seksyen 8 akta Hakmilik Strata 1985.
  6. Menjalankan siasatan terhadap aduan yang diterima oleh pemilik petak ke atas pelanggan sebagaimana Seksyen 35 Akta Hakmilik Strata 1985.
  7. Memberikan nasihat dan bimbingan bagi permohonan yang berkaitan dengan Akta Hakmilik Strata 1985 dan masalah-masalah yang timbul berkaitan Hakmilik Strata.
  8. Memproses dan menyelaras permohonan pecah petak, cantuman petak dan penamatan skim strata.
  9. Memproses dan menyelaras permohonan permit Ruang Udara berkaitan strata dan permohonan Sijil Perbadanan Pengurusan.
  10. Urusetia Mesyuarat Express Hakmilik Strata dan Mesyuarat Khas Strata bagi memantau projek-projek yang masih belum memohon Hakmilik Strata.

Maklumat Lanjut

Seksyen Dalaman      Khidmat Pengurusan dan Kualiti    Pendaftaran Hakmilik Geran Tanah    Pembangunan Tanah    Pelupusan Tanah, Urusetia MMKN & Dewan    Penguatkuasaan dan Teknikal    Hasil    Perundangan    Teknologi Maklumat 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 15-12-2015 :: 03:28 PM
© 2015   - 2017 Hakcipta Terpelihara
Pejabat Tanah & Galian Melaka
Laman web ini kali terakhir dikemaskini pada  Isnin, 25 September 2017  16:29:45