PROFIL JABATAN  SEKSYEN DALAMAN

PENGUATKUASAAN DAN TEKNIKAL

Objektif

  • Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan Undang-undang Tanah selaras dengan kehendak Kanun Tanah Negara dan Peraturan Tanah Negeri Melaka.
  • Meningkatkan pungutan hasil Kerajaan Negeri melalui bayaran royalti bahan batuan dengan peruntukan Kanun Tanah Negara dan Peraturan Tanah
  • Mengumpul dan mengemaskini data-data dan maklumat asas berkaitan dengan pembangunan tanah di negeri Melaka.

Fungsi

  1. Menyiasat dan menyediakan laporan terhadap aduan-aduan yang diterima daripada orang awam berhubung dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan mengikut undang-undang Kanun Tanah Negara.
  2. Membuat laporan tanah mengenai permohonan permit pengeluaran bahan batuan, permohonan tanah melalui penswastaan, permohonan permit ruang udara dan pengambilan tanah.
  3. Menjadi urusetia bagi permohonan permit pasir di dalam Mesyuarat Pecah Sempadan dan Belah Bahagi Negeri (JKBB).
  4. Menjadi urusetia Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah di Bawah Seksyen 3(1)(b) Akta Pengambilan Tanah 1960.
  5. Menjadi urusetia Jawatankuasa Khas Sumber Mineral Negeri Melaka.
  6. Menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti pengeluaran bahan batuan tanpa permit mengikut Seksyen 429B(1) Kanun Tanah Negara.
  7. Menyediakan pelan mengenai tapak cadangan pembangunan di negeri Melaka mengikut kehendak Y.A.B Ketua Menteri
  8. Mengumpul dan mengemaskini data-data sebagai maklumat mengenai pengeluaran bahan batuan, pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(b) dan (a) Akta Pengambilan Tanah 1960 dan lain-lain yang berkaitan dengan pembangunan tanah negeri Melaka
Seksyen Dalaman      Khidmat Pengurusan dan Kualiti    Pendaftaran Hakmilik Geran Tanah    Pembangunan Tanah    Pelupusan Tanah, Urusetia MMKN & Dewan    Strata    Hasil    Perundangan    Teknologi Maklumat 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 20-10-2015 :: 10:51 AM
© 2015   - 2017 Hakcipta Terpelihara
Pejabat Tanah & Galian Melaka
Laman web ini kali terakhir dikemaskini pada  Isnin, 25 September 2017  16:29:45