PROFIL JABATAN SEKSYEN DALAMAN
PELUPUSAN TANAH, URUSETIA MMKN & DEWAN
OBJEKTIF
- Memastikan semua permohonan pembangunan tanah disemak dan diteliti dengan cermat serta terperinci supaya keputusan-keputusan yang dibuat adalah berlandaskan peruntukan undang-undang dan selaras dengan dasar-dasar Kerajaan Negeri.
- Merancang dan menggunapakai dasar berkaitan pembangunan tanah yang lebih efektif dan dinamik bersesuaian dengan matlamat Kerajaan Negeri.
FUNSI-FUNGSI SEKSYEN PEMBANGUNAN TANAH
URUSETIA MESYUARAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (MMKN)
Memastikan semua permohonan dan urusan pembangunan tanah dikendalikan dengan cepat, cekap dan mengikut norma masa yang ditetapkan.
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di peringkat Exco Kerajaan Negeri membuat keputusan mengenai permohonan dan urusan tanah seperti berikut:
- Permohonan Tanah Kerajaan untuk tujuan pertanian, bangunan kediaman dan perusahaan.
- Permohonan Tanah Kerajaan secara Lesen Pendudukan Sementara.
- Permohonan pengurangan bayaran premium tanah.
- Permohonan merizabkan tanah kerajaan.
- Permohonan daripada warganegara asing untuk memiliki hartanah atau menerima pindahmilik hartanah di Negeri Melaka.
- Permohonan untuk membatalkan sekatan kepentingan.
- Permohonan Pengambilan Tanah
- Berbagai rayuan berkaitan urusan tanah.
LAIN-LAIN FUNGSI YANG BERKAITAN DENGAN URUSAN PEMBANGUNAN TANAH
- URUSETIA JAWATANKUASA LEMBAGA TANAH LADANG
- PERMOHONAN TUKAR SYARAT LAIN KATEGORI (BANGUNAN)
- PERMOHONAN BATAL SEKATAN KEPENTINGAN
- PERMOHONAN PENYERAHAN BALIK DAN PEMBERIMILIKAN SEMULA TANAH (SBMS)-RENCANA UNTUK PERTIMBANGAN Y.A.B KETUA MENTERI
Seksyen Dalaman
Khidmat Pengurusan dan Kualiti
Pendaftaran Hakmilik Geran Tanah
Pembangunan Tanah
Penguatkuasaan dan Teknikal
Strata
Hasil
Perundangan
Teknologi Maklumat
Tarikh Akhir Kemaskini :: 21-09-2016 :: 11:57 PM