PROFIL JABATAN SEKSYEN DALAMAN
PEMBANGUNAN TANAH
OBJEKTIF
- Memastikan semua permohonan pembangunan tanah disemak dan diteliti dengan cermat serta terperinci supaya keputusan-keputusan yang dibuat adalah berlandaskan peruntukan undang-undang dan selaras dengan dasar-dasar Kerajaan Negeri.
- Merancang dan menggunapakai dasar berkaitan pembangunan tanah yang lebih efektif dan dinamik bersesuaian dengan matlamat Kerajaan Negeri.
FUNSI-FUNGSI SEKSYEN PEMBANGUNAN TANAH
URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA PECAH SEMPADAN DAN BELAH BAHAGI TANAH (JKBB)
Memastikan semua permohonan dan urusan pembangunan tanah dikendalikan dengan cepat, cekap dan mengikut norma masa yang ditetapkan.
Urusetia ini bertujuan untuk membincangkan permohonan dan membuat keputusan dasar berhubung dengan pembangunan tanah. Urusan-urusan tanah yang terlibat ialah:
- Permohonan Pecah Bahagian Tanah
- Permohonan Pecah Sempadan Tanah
- Permohonan Penyatuan Tanah
- Permohonan Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula Tanah (SBMS)
- Permohonan Tukar Syarat Nyata Tanah
- Permohonan Rayuan untuk pelepasan kuota Bumiputera
- Lain-Lain rayuan berkaitan keputusan yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat JKBB
URUSETIA PERMOHONAN KEBENARAN PINDAHMILIK, MENCAGAR DAN MEMAJAK TANAH
Memastikan semua permohonan dan urusan pembangunan tanah dikendalikan dengan cepat, cekap dan mengikut norma masa yang ditetapkan.
Urusan-urusan yang terlibat dengan urusetia ini ialah:
- Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Mencagar dan Memajak untuk mendapatkan kelulusan Y.A.B. Ketua Menteri melibatkan permoho nan:
- Syarikat kepada Syarikat
- Syarikat kepada Individu
- Individu kepada Syarikat
- Melayu kepada Bukan Melayu
- Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Mencagar dan Memajak untuk mendapatkan kelulusan Pengarah Tanah dan Galian melibatkan permohonan:
- Orang Melayu kepada Orang Melayu
- Bukan Melayu kepada Orang Melayu
- Bukan Melayu kepada Bukan Melayu
- Permohonan Tukar Syarat Sama Kategori (Pertanian)
Seksyen Dalaman
Khidmat Pengurusan dan Kualiti
Pendaftaran Hakmilik Geran Tanah
Pelupusan Tanah, Urusetia MMKN & Dewan
Penguatkuasaan dan Teknikal
Strata
Hasil
Perundangan
Teknologi Maklumat
Tarikh Akhir Kemaskini :: 15-12-2015 :: 11:45 AM