PROFIL JABATAN  SEKSYEN DALAMAN

PENDAFTARAN HAKMILIK GERAN TANAH

Unit Pendaftaran Hakmilik Geran Tanah

Objektif
Memastikan Urusan Pendaftaran Hakmilik, Urusniaga Dan Bukan Urusniaga Dilakukan Secara cekap, cepat dan Berkualiti Bagi Memenuhi Keperluan Pelanggan.

Fungsi

  1. Mendaftar urusan urusniaga tanah seperti (melepaskan gadaian, pindahmilik, gadaian, tenansi, ismen dan lain-lain) dan bukan urusniaga tanah (kaveat, perintah larangan, tukar nama, perletakhakkan mahkamah dan lain-lain).
  2. Memproses permohonan hakmilik hilang/hancur. Mentadbirkan pendaftaran hak milik dan urusan-urusan terhadap hak milik pegangan Pendaftar.
  3. Menyediakan perkhidmatan pembetulan hakmilik.
  4. Pendaftaran permohonan hakmilik baru.
  5. Penukaran Hakmilik Sementara (QT) kepada Hakmilik Tetap (FT).

Aktiviti

  1. Melaksanakan semua kerja memproses penukaran hak milik lama (sebelum Akta Kanun Tanah Negara) kepada hak milik di bawah Akta Kanun Tanah Negara, 1965 mengikut peruntukan National Land Code (Penang dan Malacca Titles) Act, 1963;
  2. Membekalkan maklumat mengenai hak milik.Salah satu bentuk yang disediakan ialah Perakuan Carian Rasmi yang dikeluarkan atas permintaan oleh orang awam dalam format yang ditetapkan dalam Peraturan Tanah Melaka 1966; dan
  3. Bertanggungjawab untuk menerima dan mendaftarkan dokumen-dokumen penting yang membabitkan pemilikan terhadap hak milik dan kepentingan-kepentingan terhadap hak milik.

 

Seksyen Dalaman      Khidmat Pengurusan dan Kualiti    Pembangunan Tanah    Pelupusan Tanah, Urusetia MMKN & Dewan    Penguatkuasaan dan Teknikal    Strata    Hasil    Perundangan    Teknologi Maklumat 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 14-08-2016 :: 08:03 PM
© 2015   - 2017 Hakcipta Terpelihara
Pejabat Tanah & Galian Melaka
Laman web ini kali terakhir dikemaskini pada  Rabu, 26 Julai 2017  12:01:27