PROFIL JABATAN SEKSYEN DALAMAN
KHIDMAT PENGURUSAN DAN KUALITI
PENDAHULUAN
Seksyen Khidmat Pengurusan telah dipertanggungjawabkan kepada seorang pegawai iaitu Penolong Pegawai Tadbir Tertinggi dengan bilangan kakitangan berjumlah 23 orang.
OBJEKTIF
- Memastikan semua urusan perkhidmatan, perjawatan dan pentadbiran jabatan dan kakitangan berjalan dengan teratur, kemas dan mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan.
- Berusaha meningkatkan program-program peningkatan produktiviti dan prestasi kerja selaras dengan dasar-dasar Kerajaan.
- Memastikan segala urusan kewangan dan perbelanjaan jabatan berjalan dengan cekap dan teratur berpandukan kepada arahan-arahan kewangan dan perbendaharaan Persekutuan dan Negeri.
FUNGSI
- Mengendalikan segala urusan perkhidmatan kakitangan seperti pengesahan jawatan, perakuan menanggung kerja/memangku, perakuan kemasukan kejawatan berpencen, perlanjutan tempoh percubaan, penyediaan Kew.8, mengemaskinikan buku rekod perkhidmatan, permohonan peperiksaan, urusan persaraan, mesyuarat-mesyuarat pejabat, penyata perkhidmatan, tindakan tatatertib, laporan sulit, dan lain-lain urusan am.
- Menyediakan segala urusan pentadbiran seperti pengurusan surat menyurat-surat terima dan surat keluar, pengawasan sistem kad perakam waktu, sistem fail, urusan perjawatan dan perkhidmatan personel.
- Merancang dan menganjurkan kursus latihan untuk pegawai dan kakitangan bagi mencapai tahap profesionalisme dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan pentadbiran tanah dan bidang-bidang lain.
- Menyediakan lembaran gaji dan perubahan gaji kakitangan, menyediakan baucer tuntutan perjalanan dan elaun, menyediakan penyata penyesuaian flimsy, mengurus panjar wang runcit, menguruskan kerja-kerja membaiki alat-alat pejabat, mengeluarkan pesanan kerajaan, pembekalan dan pesanan tempatan, mengurus stor dan inventori jabatan serta menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan.
AKTIVITI-AKTIVITI
BIL.
|
NAMA MESYUARAT/AKTIVITI |
JADUAL
|
1.
|
Mesyuarat Pagi |
Setiap hari Khamis
|
2.
|
Mesyuarat Pengurusan |
Setiap bulan
|
3.
|
Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan dan Mengurangkan Karenah Birokrasi |
4 kali setahun
|
4.
|
Mesyuarat Bersama Jabatan |
4 kali setahun
|
5.
|
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun |
4 kali setahun
|
6.
|
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset |
4 kali setahun
|
7.
|
Majlis Perjumpaan Pengarah dan Kakitangan |
Setiap bulan
|
8.
|
Mesyuarat Penyelenggaraan Pejabat-Pejabat di Wisma Negeri |
2 kali setahun
|
Seksyen Dalaman
Pendaftaran Hakmilik Geran Tanah
Pembangunan Tanah
Pelupusan Tanah, Urusetia MMKN & Dewan
Penguatkuasaan dan Teknikal
Strata
Hasil
Perundangan
Teknologi Maklumat
Tarikh Akhir Kemaskini :: 21-09-2016 :: 11:56 PM