PROFIL JABATAN  SEKSYEN DALAMAN

KHIDMAT PENGURUSAN DAN KUALITI

PENDAHULUAN

Seksyen Khidmat Pengurusan telah dipertanggungjawabkan kepada seorang pegawai iaitu Penolong Pegawai Tadbir Tertinggi dengan bilangan kakitangan berjumlah 23 orang.

OBJEKTIF

  1. Memastikan semua urusan perkhidmatan, perjawatan dan pentadbiran jabatan dan kakitangan berjalan dengan teratur, kemas dan mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan.
  2. Berusaha meningkatkan program-program peningkatan produktiviti dan prestasi kerja selaras dengan dasar-dasar Kerajaan.
  3. Memastikan segala urusan kewangan dan perbelanjaan jabatan berjalan dengan cekap dan teratur berpandukan kepada arahan-arahan kewangan dan perbendaharaan Persekutuan dan Negeri.

FUNGSI

  • Mengendalikan segala urusan perkhidmatan kakitangan seperti pengesahan jawatan, perakuan menanggung kerja/memangku, perakuan kemasukan kejawatan berpencen, perlanjutan tempoh percubaan, penyediaan Kew.8, mengemaskinikan buku rekod perkhidmatan, permohonan peperiksaan, urusan persaraan, mesyuarat-mesyuarat pejabat, penyata perkhidmatan, tindakan tatatertib, laporan sulit, dan lain-lain urusan am.
  • Menyediakan segala urusan pentadbiran seperti pengurusan surat menyurat-surat terima dan surat keluar, pengawasan sistem kad perakam waktu, sistem fail, urusan perjawatan dan perkhidmatan personel.
  • Merancang dan menganjurkan kursus latihan untuk pegawai dan kakitangan bagi mencapai tahap profesionalisme dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan pentadbiran tanah dan bidang-bidang lain.
  • Menyediakan lembaran gaji dan perubahan gaji kakitangan, menyediakan baucer tuntutan perjalanan dan elaun, menyediakan penyata penyesuaian flimsy, mengurus panjar wang runcit, menguruskan kerja-kerja membaiki alat-alat pejabat, mengeluarkan pesanan kerajaan, pembekalan dan pesanan tempatan, mengurus stor dan inventori jabatan serta menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan.

AKTIVITI-AKTIVITI

BIL.
NAMA MESYUARAT/AKTIVITI
JADUAL
1.
Mesyuarat Pagi
Setiap hari Khamis
2.
Mesyuarat Pengurusan
Setiap bulan
3. 
Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan dan Mengurangkan Karenah Birokrasi
4 kali setahun
4.
Mesyuarat Bersama Jabatan
4 kali setahun
5.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun
4 kali setahun
6.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset
4 kali setahun
7.
Majlis Perjumpaan Pengarah dan Kakitangan
Setiap bulan
8.
Mesyuarat Penyelenggaraan Pejabat-Pejabat di Wisma Negeri
2 kali setahun
Seksyen Dalaman      Pendaftaran Hakmilik Geran Tanah    Pembangunan Tanah    Pelupusan Tanah, Urusetia MMKN & Dewan    Penguatkuasaan dan Teknikal    Strata    Hasil    Perundangan    Teknologi Maklumat 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 21-09-2016 :: 11:56 PM
© 2015   - 2017 Hakcipta Terpelihara
Pejabat Tanah & Galian Melaka
Laman web ini kali terakhir dikemaskini pada  Rabu, 26 Julai 2017  12:01:27