PROFIL JABATAN

PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan Pejabat Tanah dan Galian Melaka

  1. Membawa risalat yang lengkap untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam tempoh 30 hari bekerja.
  2. Permohonan Pembangunan Tanah diproses dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima dari Pentadbir Tanah Daerah (PTD) sehingga diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pecah Sempadan dan Belah Bahagi Tanah (JKBB). 
  3. Permohonan Kebenaran Pindahmilik :
    • Kelulusan Pengarah Tanah dan Galian Melaka (PTG)
      • Diproses dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima dari Pentadbir Tanah Daerah (PTD) sehingga kelulusan PTG.
    • Kelulusan YAB Ketua Menteri Melaka
      • Diproses dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima dari Pentadbir Tanah Daerah (PTD) sehingga dihantar ke pejabat YAB Ketua Menteri.
  4. Memorandum kepada YAB Ketua Menteri bagi permohonan Serah Beri Milik Semula (SBMS) yang lengkap diterima daripada PTD hingga maklum keputusan kepada PTD dalam tempoh 60 hari bekerja.
  5. ​Pendaftaran Urusniaga dan Bukan Urusniaga akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja.
  6. Mengurus untuk mendapatkan pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri mengenai pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(b) dan 3(1)(c) Akta Pengambilan Tanah 1960 sehingga tindakan pewartaan dalam tempoh 150 hari bekerja.
  7. Pengurusan Strata melibatkan permohonan Pecah Bahagian Bangunan (Hakmilik Strata) akan diproses daripada tarikh perserahan permohonan lengkap hingga didaftarkan dalam tempoh 70 hari bekerja (urusan di PTGM sahaja).
  8. ​Keputusan mengenai rayuan bayaran ansuran cukai tanah akan dimaklumkan kepada PTD dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  9. Maklumbalas terhadap pertanyaan dan aduan awam akan diberi dalam tempoh 7 hari bekerja.
     
Profil Jabatan      PERUTUSAN PENGARAH     Maklumat Korporat    Prestasi dan Statistik    Carta Organisasi    Lokasi Kami    Direktori Pegawai     Seksyen Dalaman    Tender / Sebutharga    Jawatan Kosong    Ketua Pegawai Maklumat (CIO) 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 14-12-2015 :: 04:18 PM
© 2015   - 2017 Hakcipta Terpelihara
Pejabat Tanah & Galian Melaka
Laman web ini kali terakhir dikemaskini pada  Isnin, 22 Mei 2017  16:29:16