PROFIL JABATAN MAKLUMAT KORPORAT
FUNGSI JABATAN
Fungsi utama Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Melaka adalah seperti berikut :
- Bertindak sebagai penasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri berkaitan pentadbiran tanah selaras dengan peruntukan Kanun Tanah Negara 1965 dan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan.
- Bertanggungjawab untuk memproses segala urusan berkaitan dengan pentadbiran tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965, Akta Hakmilik Strata 1985, Kaedah Tanah Negeri Melaka dan perundangan-perundangan lain yang berkaitan.
- Bertanggungjawab ke atas penyelarasan kutipan hasil tanah Negeri Melaka.
- Bertanggungjawab ke atas pengurusan sumber manusia dan kewangan Jabatan dan sistem pengurusan kualiti pejabat.
- Bertanggungjawab ke atas pengurusan ICT yang berkaitan dengan urusan tanah dan pentadbiran Jabatan.
Tarikh Akhir Kemaskini :: 11-12-2015 :: 04:02 PM