PROFIL JABATAN  MAKLUMAT KORPORAT

ASAS PENUBUHAN

Sejarah /Latar Belakang Jabatan

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka ditubuhkan pada tahun 1958, selepas negara ini mencapai kemerdekaan. Lokasi bangunan terletak di bangunan Stadhuys di Bandar Hilir Melaka. Pada masa itu Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka dikenali dengan nama Pejabat Tanah dan Galian Melaka dan telah digabungkan dengan Pejabat Kewangan Negeri.

Pada tahun 1979, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka telah berpindah dari bangunan Stadhyus ke Seri Negeri, Jalan Hang Tuah dan kemudiannya pada 15 September 2004, berpindah ke bangunan baru Wisma Negeri yang terletak di Aras 1-2, Wisma Negeri, Jalan Wisma Negeri, Ayer Keroh, 75450 Melaka.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka adalah merupakan satu jabatan penting di Negeri Melaka. Secara keseluruhannya, jabatan ini mengendalikan urusan berkaitan dengan pentadbiran dan pembangunan tanah. Ia bertanggungjawab kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam bidang ini selaras dengan kehendak seksyen 12(3) (a) Kanun Tanah Negara, 1965.

Aras 2 merupakan terletaknya Pejabat Pengarah dan segala urusan Pembangunan Tanah, Pendaftaran dan Pengurusan dilaksana di sini manakala di Aras 1 menempatkan Unit Hasil, Strata, Penguatkuasa dan Teknologi Maklumat.

bstadhuys.jpg (24025 bytes)
Lokasi Asal Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (Tahun 1958-1979)


Berpindah ke Seri Negeri, Jalan Hang Tuah (Tahun 1979-2004)

 

Bil
Nama Pengarah
Tempoh Perkhidmatan
1
Mr. Gadwin
29.3.1958 – 3.8.1958
2
Mr. J.B. Melford
4.8.1958 – 7.1.1960
3
Encik Abd. Manaf bin Hj. Mohd Nor
8.1.1960 – 21.1.1962
4
Encik Mahyuddin bin Mohd Zain
22.1.1962 – 31.6.1963
5
Encik Akasa bin Ab. Rahman
1.7.1963 – 15.9.1965
6
Encik Abdul Karim bin Ineh
16.9.1965 – 30.7.1968
7
Encik Abdul Karim bin Mohd Mansor
1.8.1968 – 28.2.1970
8
Encik Kamarulzaman bin Abdul Rahman
1.3.1970 – 15.6.1972
9
Tuan Sheikh Mahmud bin Ali
16.6.1972 – 31.8.1973
10
Tuan Syed Abd Bari bin Syed Abdullah Shahabuddin
1.9.1973 – 31.12.1978
11
Abdul Kadir bin Abu Bakar
1.1.1979 – 6.5.1979
12
Tuan Haji. Ahmad Salim bin Hj. Omar
7.5.1979 – 31.12.1982
13

11kushairi.jpg (9824 bytes) Tuan Hj. Ahmad Kushairi bin Hj. Abdullah

1.1.1983 – 31.10.1995
14

11aziz.jpg (9824 bytes)Y.Bhg. Datuk Wira Hj. Abd. Aziz bin Omar

1.3.1996 – 31.10.1997
15

1lugiman.jpg (9734 bytes)Y.Bhg. Datuk Hj. Lugiman bin Abu Seman

1.11.1997 - 15.7.2001
16

1jaafar.jpg (9734 bytes)En Jaafar bin Abu

1.8.2001 - 25.8.2006
17
timbalan Tn Hj Abdullah bin Mohd Taha  
25.8.2006 - 3.7.2007 
18
abdkadir Tn Hj Abd Kadir Bin Yaakup
9.7.2007 - 16.10.2008
19
abdkadir Tn Hj Hasim bin Ismail
20.10.2008 - 31.12.2008
20
abdkadir En. Harun bin Bujang
1.1.2009 - 31.5.2009
21
abdkadir En. Sulaiman bin Harmain Shah
1.6.2009 - 31.08.2009
22    En Wan Idrus Bin Wan Shariff 1.9.2009 - 31.8.2010
23   Datuk Roslan bin Ibrahim 16.9.2010 - 30.6.2013
 
 

 

Maklumat Korporat      Misi & Visi    Objektif    Fungsi Jabatan    Pencapaian Jabatan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 14-06-2017 :: 09:24 AM
© 2015   - 2017 Hakcipta Terpelihara
Pejabat Tanah & Galian Melaka
Laman web ini kali terakhir dikemaskini pada  Khamis, 16 November 2017  11:48:46