PROFIL JABATAN

PERUTUSAN PENGARAH

  Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

      Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Saya ingin merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih kerana sudi melayari Portal Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) , Melaka. Portal ini dibina dengan objektif memberikan maklumat komprehensif dan terkini mengenai profil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Melaka dan perkhidmatan yang disediakan supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh pengguna secara langsung.


     Dalam era globalisasi ini, pentadbiran tanah tidak mampu terkecuali atau terbelakang daripada proses perubahan kearah pentadbiran elektronik. Justeru itu Melaka telah mengorak langkah bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) di dalam penggunaan sistem e-Tanah bermula 17 Disember 2014 . Sistem ini membolehkan semua urusan tanah dilaksanakan secara berkomputer dengan efisyen dan cekap. Selain itu PTG juga telah menyelaras perlaksanaan pembayaran cukai tanah melalui kaunter BSN, POS, PBT dan secara online melalui sistem gerbang pembayaran e-Bayar.

     Portal ini juga memberi peluang kepada pelanggan untuk membuat cadangan, aduan dan menyampaikan maklumbalas yang dapat membantu memperbaiki perkhidmatan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Melaka. Kami amat mengalu-alukannya.

Terima Kasih.

Selamat Melayari Portal Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Melaka.

“Maklumat Tanah Di Hujung Jari Anda”

Pengarah Tanah dan Galian,Negeri Melaka..
   

 
Profil Jabatan      Maklumat Korporat    Piagam Pelanggan    Prestasi dan Statistik    Carta Organisasi    Lokasi Kami    Direktori Pegawai     Seksyen Dalaman    Tender / Sebutharga    Jawatan Kosong    Ketua Pegawai Maklumat (CIO) 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 14-06-2017 :: 08:57 AM
© 2015   - 2017 Hakcipta Terpelihara
Pejabat Tanah & Galian Melaka
Laman web ini kali terakhir dikemaskini pada  Isnin, 25 September 2017  16:29:45