PENGURANGAN CUKAI TANAH DAN PETAK SEBANYAK 10%

BERITA BAIK UNTUK PEMILIK TANAH / STRATA NEGERI MELAKA 

Kerajaan Negeri Melaka memberikan PENGURANGAN CUKAI TANAH DAN PETAK SEBANYAK 10%

-  Bayar online lebih mudah dan pantas di https://ebayar.melaka.gov.my atau Aplikasi MelakaPay

-  Bayar segera sebelum denda lewat dikenakan bermula 1 Jun 2022

Sebarang pertanyaan sila WhatsApp talian helpline cukai tanah PTG 010-3078262


TERMA DAN SYARAT PENGURANGAN 10% CUKAI TANAH / PETAK

1. Pengurangan diberikan kepada semua kategori pembayar dan semua kategori syarat nyata dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2022

2. Pengurangan diberikan kepada pembayar yang membuat bayaran cukai tanah dan petak semasa beserta tunggakan cukai secara penuh melalui kesemua saluran pembayaran

3. Pengurangan ini tidak terpakai kepada pemilik tanah dan strata yang menerima kelulusan pembayaran secara ansuran

4. Sebarang rayuan terhadap permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.


Tarikh Akhir Kemaskini :: 17-01-2022 :: 12:31 PM
© 2015   - 2022 Hakcipta Terpelihara
PEJABAT TANAH DAN GALIAN MELAKA
Laman web ini kali terakhir dikemaskini pada  Khamis, 07 Julai 2022   8:33:03