KEMPEN BAYAR CUKAI TANAH DAN MENANG!!

Sukacita dimaklumkan bahawa,Pentadbiran Tanah Negeri Melaka sedang menganjurkan kempen BAYAR CUKAI TANAH & MENANG!

Kempen ini merupakan satu bentuk insentif kepada pembayar cukai tanah yg menjelaskan cukai tanah semasa atau keseluruhan tunggakan cukai tanah sehingga *31 Mei ini

Pelbagai hadiah menarik menanti individu yang menjelaskan cukai tanah!🎁🎉🎊

Jangan lepaskan peluang!😃

💵💳💶💰💷💴
Bayar cukai tanah anda dengan segera di mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Melaka, Pihak Berkuasa Tempatan(MBMB,MPAG,MPJ),Bank Simpanan Nasional atau Pejabat Pos di seluruh Malaysia📨

🤳🏼Mahu cara lebih mudah? Bayar secara online melalui gerbang pembayaran bersepadu, layari 
https://ebayar.melaka.gov.my

berikut adalah TERMA DAN SYARAT :-

  1. Kempen ini hanya terbuka kepada semua pembayar cukai tanah (individu) yang telah menjelaskan bayaran cukai tanah bermula daripada 1 Januari 2017 sehingga 31 Mei 2017.
  1. Kempen ini hanya layak diberikan kepada pembayar yang menjelaskan bayaran secara bayaran penuh (lump sum) ke atas Cukai Semasa (Bil Hijau) atau Cukai Semasa, Tunggakan Cukai Tanah dan Denda Lewat (Bil Merah) dalam satu resit.
  1. Pemilihan pemenang akan dibuat secara rawak melalui rekod pembayaran yang terdapat di dalam Sistem e-Tanah.         
  1. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan wang tunai atau hadiah lain. Pihak Penganjur berhak menggantikan hadiah-hadiah tersebut dengan hadiah yang lain, yang sama atau lebih tinggi nilainya.
  1. Semua pemenang hanya dibenarkan memenangi SATU hadiah sahaja dari HADIAH UTAMA sehingga HADIAH SAGUHATI.
  1. Gambar hadiah seperti di dalam hebahan hanyalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.
  1. Pemenang Kempen ini hendaklah bertanggungjawab ke atas semua cukai, kadar, yuran kerajaan atau apa-apa caj yang boleh dikenakan terhadap mereka di bawah mana-mana undang-undang, jika berkenaan. Bagi hadiah kenderaan, kos pendaftaran, insurans / takaful, cukai jalan dan pengangkutan (jika ada) hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang. Pihak Pejabat Tanah dan Galian Melaka (PTGM) hanya akan membuat bayaran untuk hadiah berupa kenderaan sahaja
  1. Sebaik sahaja kenderaan telah didaftarkan di bawah nama pemenang, pemenang hendaklah bertanggungjawab terhadap semua perkara-perkara yang yang berkaitan dengan kenderaan berkenaan dan PTGM hendaklah dilepaskan daripada apa-apa liabiliti atau tanggungan ke atas kenderaan tersebut.Pemenang dikehendaki menuntut hadiah dalam tempoh 21 hari jika tidak dapat hadir ke Majlis Cabutan Bertuah. sekiranya gagal berbuat demikian, hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.
  1. Untuk menuntut hadiah, pemenang hendaklah mengemukakan kad pengenalan mereka untuk tujuan pengesahan dan juga perlu menandatangani borang / akuan (jika ada)

Tarikh Akhir Kemaskini :: 18-05-2017 :: 08:19 AM
© 2015   - 2017 Hakcipta Terpelihara
Pejabat Tanah & Galian Melaka
Laman web ini kali terakhir dikemaskini pada  Khamis, 16 November 2017  11:48:46