Soalan Lazim
Pendaftaran Tanah
- membuat surat permohonan hakmilk hilang
- Surat Akuan Sumpah mengenai kehilangan hakmilik berkenaan (dibuat oleh tuanpunya tanah atau mana-mana orang atau badan yang menuntut melalui tuan punya tanah). Di dalam Surat Akuan Sumpah perlulah disebut butir-butir hakmilik tanah yang hilang iaitu mukim, jenis dan nombor hakmilik serta nombor Lot/PT.
Permohonan Kaveat Persendirian hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang 19B dan diisi dengan lengkap dan diakusaksi dan menyatakan ciri-ciri tuntutan samada kaveat yang hendak dimasukkan itu mengikut tanah atau kepentingan Seksyen 323 (2). Bayaran sebagaimana yang ditetapkan dan surat Akuan Sumpah hendaklah disertakan bersama.
Semua suratcara yang dilaksanakan oleh orang perseorangan hendaklah diakusaksikan (attested) oleh pegawai-pegawai yang tercatit di dalam Jadual Ke 5, KTN dan bagi kes syarikat dan perbadanan, sebagaimana yang diperuntukan di dalam undang-undang masing-masing.
Semua suratcara yang telah disempurnakan hendaklah disetemkan secukupnya mengikut Akta Setem 1949 dan diserahkan ke Pejabat Tanah yang berkenaan untuk didaftarkan. Selain daripada itu, dokumen-dokumen iringan perlu disertakan dan bayaran-bayaran 'fees' yang ditetapkan perlu dijelaskan.
Sila hubungi Seksyen Pendaftaran Pejabat Tanah dan Galian Melaka di talian 06-3333333 Samb. 5042
Umum
Sila hadir ke Seksyen Pendaftaran, PTG Melaka dengan membawa dokumen berkaitan tuntuk semakan lanjut.
- Konsep baru ini mencadangkan agar perkara-perkara berikut dipatuhi sebelum kelulusan pelan bangunan boleh diberikan:
- Pemilik tanah / pemaju telah membuat lantikan juruukur berlesen.
- Pemilik tanah / pemaju telah mendepositkan bayaran upah ukur ke Lembaga Juruukur Tanah.
- Pemilik tanah / pemaju telah menetapkan formula kiraan unit syer.
- Segala isu atau masalah berkaitan tanah telah diselesaikan di peringkat Kebenaran Merancang.
- Setelah pengeluaran lesen dan permit jualan, pemilik tanah / pemaju bolehlah menjual serta memulakan pembinaan.
- Dalam tempoh 3 bulan (tambahan 1 bulan rayuan) selepas Principal Submitting Person (PSP) mengesahkan bahawa projek telah mencapai peringkat super structure, tuan tanah/pemaju perlu mengemukakan Pelan Cadangan Strata kepada JUPEM.
- JUPEM seterusnya akan menyemak pelan tersebut dalam tempoh 1 bulan dan sekiranya diperakukan sebagai teratur, JUPEM akan mengeluarkan CPSP kepada tuan tanah/pemaju.
- Tuan tanah/pemaju seterusnya diberi tempoh selama 1 bulan (tambahan 1 bulan rayuan) untuk mengemukakan permohonan hakmilik strata kepada PTG Negeri.
- PTG Negeri dan JUPEM seterusnya akan memproses permohonan tersebut dan mendaftarkan hakmilik strata ke atas nama tuan tanah/pemaju dalam tempoh 2 bulan.
- Tempoh masa pengeluaran hakmilik strata yang lebih pendek.
- Hakmilik strata akan didaftarkan di atas nama pemilik tanah / pemaju serentak dengan penyerahan pemilikan kosong (vacant possession), selaras dengan konsep baru pengeluaran hakmilik strata.
- Pemilik tanah / pemaju perlu membuat lantikan jurukur berlesen, deposit ukur ke Lembaga Jurukur Tanah dan penentuan formula unit syer ke OSC sebelum kelulusan pelan bangunan.
- Pemohonan semakan pelan cadangan strata dikemukakan kepada JUPEM lebih awal iaitu selepas peringkat penyiapan super structure berbanding amalan semasa di mana permohonan dikemukakan selepas Sijil Layak Menduduki (CFO) atau Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan.
- Permohonan hakmilik strata perlulah dengan tanah berstatus hakmilik tetap. Permohonan hakmilik strata di atas tanah berstatus hakmilik sementara tidak lagi dibenarkan.
- Gadaian perlu dilepaskan terlebih dahulu sebelum permohonan diterima.
Jiaka tanah tersebut adalah tanah hakmilik kerajaan, anda perlu mendapatkan kelulusan Lesen Pendudukan Sementara daripada Pihak Berkuasa negeri dan Lesen Abstraksi Air Bumi daripada badan kawasal Selia Air (BKSA) Melaka. Jika tanah milik persendirian pula perlu mendapatkan kelulusan daripada Badan Kawal Selia Air (BKSA)Melaka.
1. Urusan Kaveat = RM100/hakimilik
2. Urusan Carian Persendirian = RM20/hakmilik
3. Urusan Carian Rasmi = RM20/hakmilik
Cukai tanah mengikut Seksyen % Kanun Tanah Negara 1965 ditakrifkan sebagai:
- Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa negeri (PBN) sebagai cukai sewa
- Apa-apa pembayaran tahunan lain terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri yang menurut mana-mana undang-undan bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ia adalah cukai sewa atau hasil tanah
- Apa-apa bayaran terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tunggakan cukai sewa
Sila layari https://ebayar.melaka.gov.my/ atau laman web rasmi PTG di http://ptg.melaka.gov.my dan klik pada Bayar Cukai Online
Perkara utama perlu diberi perhatian sebelum membuat transaksi pembayaran
- Pengguna mestilah telah mendaftar sebagai pembayar Perbankan Internet daripada bank-bank yang menyertai FPX iaitu :
- Bank Islam Malaysia Berhad
- RHB Bank
- CIMB Bank
- Maybank2U
- Public Bank Berhad
- Hong Leong Bank Berhad
- Pengguna mestilah mengetahui no akaun cukai tanah yang ingin dibayar seperti tertera pada bil yang telah dipos ke alamat pengguna, bil
tahun lepas atau merujuk kepada pejabat daerah. - Waktu operasi perkhidmatan pembayaran melalui FPX adalah dari jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am.
- Sila cetak atau simpan (save) resit transaksi bayaran dan resit cukai tanah sebagai bukti pembayaran. Penyata pembayaran online (resit cukai
tanah) hanya boleh diperolehi di Kaunter Unit Hasil, Pejabat Tanah dan Daerah 7 hari selepas pembayaran dibuat. - Terimaan bayaran di dalam jumlah penuh sahaja dan sebarang ansuran tidak dibenarkan. Jika pembayar hendak membuat bayaran ansuran
silarujuk ke Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan. - Had maksimum bagi setiap transaksi adalah RM 2,000.00
- Semua transaksi pembayaran cukai tanah negeri Melaka melalui FPX akan dikenakan caj RM 0.50 kepada akaun pembayar.
Sebarang pertanyaan oleh menghubungi :
Unit Hasil PTG : 06-2325906, 06- 2325905, 06-2325358
Unit IT PTG : 06-2325915, 06- 232 5914, 06-2326251
Atau hantarkan email ke alamat berikut : ptg@melaka.gov.my
Selain daripada membuat aduan di kaunter peti aduan yang telah disediakan, orang awam juga boleh menggunakan alternatif lain untuk menyatakan aduan mereka melalui:
- Laman web rasmi kerajaan Negeri Melaka iaitu www.melaka@gov.my dan menggunakan sistem e-aduan sebagai saluran
- Talian ONCC (One Number Call Centre), 06-2333333
- SMS taip ADU hantar ke 019-2833332
- Email ke norhayati_m@melaka.gov.my
- Hubungi ke talian terus melalui 06-2322546 untuk bercakap dengan pegawai berkenaan
Anda akan menghadapi masalah dalam urusan pindahmilik, gadaian, cagaran, pembahagian pesaka dan sebagainya sekiranya anda tidak mempunyai Hakmilik Strata.
- Mempunyai kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik membuat urusniaga seperti pindahmilik, memajak, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak yang dimiliknya.
- Hak mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan di mesyuarat agung luar biasa. Dengan syarat telah membayar tabung pengurusan yang dikutip oleh perbadanan pengurusan.
- Hak ke atas harta bersama mengikut unit syer yang diperuntukkan.
- Hak kepada sokongan, perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, sistem perparitan, bekalan elektrik, pungutan sampah dan perkhidmatan lain
- Hak untuk meneliti rekod dan akaun perbadanan pengurusan.
- Membayar caruman kumpulan wang pengurusan;
- Mematuhi undang-undang kecil yang sedang berkuatkuasa;
- Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa; dan
- Mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa awam/ tempatan berhubungan dengan petak yang dimilikinya.
- Petak anda boleh disita dan dibuat penahanan harta alih.
- Jika anda seorang penyewa, anda mungkin boleh menolak bayaran yang terhutang kepada sewa yang harus dibayar kepada pemilik.
- Anda boleh disaman di mahkamah
Pembayaran cukai tanah secara ansuran boleh dipertimbangkan oleh Pengarah Tanah dan Galian melalui satu kertas pertimbangan yang dibuat kepada beliau. Oleh itu, para pemohon boleh dipertimbangkan untuk boleh memohon pembayaran ansuran sekiranya mempunyai tunggakan melebihi RM 1,000. Permohonan boleh dibuat kepada Pejabat Daerah dan Tanah di daerah di mana tanah pemilikan pemohon.
Permohonan pembayaran secara ansuran ini adalah salah satu inisiatif / langkah-langkah Pejabat Tanah sebagai kemudahan pemilik tanah di Melaka bagi yang memiliki tunggakan cukai yang tinggi. Walau bagaimanapun, sebagai pemilik tanah, tanggungjawab membayar cukai tanah adalah membayar cukai tanah setiap awal tahun sehingga 31 Mei setiap tahun.
Anda boleh menghubungi mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh Melaka seperti senarai di bawah:
- Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah
Aras Bawah & Aras Satu, Bangunan Wisma Negeri
75450 Ayer Keroh
Melaka
Tel no: 06-232 7035 atau 06-232 7094
(Unit Hasil) - Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
78000 Alor Gajah, Melaka
Tel no: 06-559 1211 (Unit Hasil) - Pejabat Daerah dan Tanah Jasin
77000 Jasin, Melaka
Tel no: 06-529 8124 (Unit Hasil) - Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
Aras 1-2, Bangunan Wisma Negeri
Jalan Wisma Negeri
75450 Ayer Keroh
Melaka
Tel no: 06-232 5905 atau 06-232 5906
(Unit Hasil)
Cukai tanah boleh dibayar di mana-mana kaunter Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh Melaka, selain itu, cukai tanah juga boleh dibayar melalui kaunter kutipan luar iaitu di Melaka Sentral, daerah Melaka Tengah, di Merlimau, daerah Jasin dan di Masjid Tanah, daerah Alor Gajah.
Selain itu juga, pihak kami juga telah melantik agen pemungut kutipan cukai tanah iaitu semua kaunter Bank Simpanan Nasional yang terpilih seluruh Malaysia, semua kaunter Pejabat Pos seluruh Malaysia dan semua kaunter Majlis Bandaran seluruh Melaka.
Mulai tahun lepas juga, pembayar cukai tanah boleh membayar cukai tanah secara online melalui laman web ini, iaitu hanya klik kepada bayar online melalui FPX dan mendaftar sebagai pengguna perbankan internet. Panduan dan maklumat lanjut pembayaran melalui online boleh didapati di ruangan yang berkaitan di laman web ini.
Kegagalan membayar cukai tanah setiap tahun akan menyebabkan Notis 6A (Notis Peringatan yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah kepada pemilik tanah individu atau syarikat yang gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah beserta denda lewat seperti yang dituntun) dikeluarkan kepada:
- mana-mana individu yang mempunyai tunggakan cukai selama 5 tahun atau jumlah tunggakan melebihi RM 500.
- mana-mana syarikat yang mempunyai tunggakan cukai selama 3 tahun atau jumlah tunggakan melebihi RM 1,000.
Sekiranya mana-mana individu atau syarikat yang masih gagal membayar jumlah tunggakan cukai beserta denda yang dituntut di dalam Notis 6A itu, perintah melucuthak di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diteruskan yang mana pemilik tanah akan kehilangan tanah mereka.
Hak Milik Strata (Pindaan) 2
Jadual petak mengandungi:-
- Pelan lokasi, tingkat dan tandaan seperti Seksyen 9 AHS
- Petak, harta bersama dan petak aksesori
- Perakuan JUBL bahawa skim boleh dipecah bahagi
- Perakuan Arkitek/Jurutera bahawa bangunan / petak tanah yang dibina akan mengikut pelan yang diluluskan.
Contohnya:-
Rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, Townhouse, dan rumah kedai.
Contohnya:-
Pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pesaka