Soalan Lazim
Pendaftaran Tanah
Semua suratcara yang dilaksanakan oleh orang perseorangan hendaklah diakusaksikan (attested) oleh pegawai-pegawai yang tercatit di dalam Jadual Ke 5, KTN dan bagi kes syarikat dan perbadanan, sebagaimana yang diperuntukan di dalam undang-undang masing-masing.
Semua suratcara yang telah disempurnakan hendaklah disetemkan secukupnya mengikut Akta Setem 1949 dan diserahkan ke Pejabat Tanah yang berkenaan untuk didaftarkan. Selain daripada itu, dokumen-dokumen iringan perlu disertakan dan bayaran-bayaran 'fees' yang ditetapkan perlu dijelaskan.
Permohonan Kaveat Persendirian hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang 19B dan diisi dengan lengkap dan diakusaksi dan menyatakan ciri-ciri tuntutan samada kaveat yang hendak dimasukkan itu mengikut tanah atau kepentingan Seksyen 323 (2). Bayaran sebagaimana yang ditetapkan dan surat Akuan Sumpah hendaklah disertakan bersama.
- membuat surat permohonan hakmilk hilang
- Surat Akuan Sumpah mengenai kehilangan hakmilik berkenaan (dibuat oleh tuanpunya tanah atau mana-mana orang atau badan yang menuntut melalui tuan punya tanah). Di dalam Surat Akuan Sumpah perlulah disebut butir-butir hakmilik tanah yang hilang iaitu mukim, jenis dan nombor hakmilik serta nombor Lot/PT.
Sila hubungi Seksyen Pendaftaran Pejabat Tanah dan Galian Melaka di talian 06-3333333 Samb. 5042
Umum
Ya, dalam peruntukan peralihan, pengecualian menggunakan aliran kerja yang baru hanya bagi kes yang sedang dalam tindakan untuk diluluskan, atau yang telah diluluskan tetapi hakmilik strata belum dikeluarkan.
- Konsep baru ini mencadangkan agar perkara-perkara berikut dipatuhi sebelum kelulusan pelan bangunan boleh diberikan:
- Pemilik tanah / pemaju telah membuat lantikan juruukur berlesen.
- Pemilik tanah / pemaju telah mendepositkan bayaran upah ukur ke Lembaga Juruukur Tanah.
- Pemilik tanah / pemaju telah menetapkan formula kiraan unit syer.
- Segala isu atau masalah berkaitan tanah telah diselesaikan di peringkat Kebenaran Merancang.
- Setelah pengeluaran lesen dan permit jualan, pemilik tanah / pemaju bolehlah menjual serta memulakan pembinaan.
- Dalam tempoh 3 bulan (tambahan 1 bulan rayuan) selepas Principal Submitting Person (PSP) mengesahkan bahawa projek telah mencapai peringkat super structure, tuan tanah/pemaju perlu mengemukakan Pelan Cadangan Strata kepada JUPEM.
- JUPEM seterusnya akan menyemak pelan tersebut dalam tempoh 1 bulan dan sekiranya diperakukan sebagai teratur, JUPEM akan mengeluarkan CPSP kepada tuan tanah/pemaju.
- Tuan tanah/pemaju seterusnya diberi tempoh selama 1 bulan (tambahan 1 bulan rayuan) untuk mengemukakan permohonan hakmilik strata kepada PTG Negeri.
- PTG Negeri dan JUPEM seterusnya akan memproses permohonan tersebut dan mendaftarkan hakmilik strata ke atas nama tuan tanah/pemaju dalam tempoh 2 bulan.
- Tempoh masa pengeluaran hakmilik strata yang lebih pendek.
- Hakmilik strata akan didaftarkan di atas nama pemilik tanah / pemaju serentak dengan penyerahan pemilikan kosong (vacant possession), selaras dengan konsep baru pengeluaran hakmilik strata.
- Pemilik tanah / pemaju perlu membuat lantikan jurukur berlesen, deposit ukur ke Lembaga Jurukur Tanah dan penentuan formula unit syer ke OSC sebelum kelulusan pelan bangunan.
- Pemohonan semakan pelan cadangan strata dikemukakan kepada JUPEM lebih awal iaitu selepas peringkat penyiapan super structure berbanding amalan semasa di mana permohonan dikemukakan selepas Sijil Layak Menduduki (CFO) atau Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan.
- Permohonan hakmilik strata perlulah dengan tanah berstatus hakmilik tetap. Permohonan hakmilik strata di atas tanah berstatus hakmilik sementara tidak lagi dibenarkan.
- Gadaian perlu dilepaskan terlebih dahulu sebelum permohonan diterima.
Jiaka tanah tersebut adalah tanah hakmilik kerajaan, anda perlu mendapatkan kelulusan Lesen Pendudukan Sementara daripada Pihak Berkuasa negeri dan Lesen Abstraksi Air Bumi daripada badan kawasal Selia Air (BKSA) Melaka. Jika tanah milik persendirian pula perlu mendapatkan kelulusan daripada Badan Kawal Selia Air (BKSA)Melaka.
1. Urusan Kaveat = RM200/hakmilik
2. Urusan Carian Persendirian = RM30/hakmilik
3. Urusan Carian Rasmi = RM50/hakmilik
Sila hadir ke Seksyen Pendaftaran, PTG Melaka dengan membawa dokumen berkaitan tuntuk semakan lanjut.
Selain daripada membuat aduan di kaunter peti aduan yang telah disediakan, orang awam juga boleh menggunakan alternatif lain untuk menyatakan aduan mereka melalui:
- Laman web rasmi kerajaan Negeri Melaka iaitu www.melaka@gov.my dan menggunakan sistem e-aduan sebagai saluran
- Talian ONCC (One Number Call Centre), 06-2333333
- SMS taip ADU hantar ke 019-2833332
- Email ke norhayati_m@melaka.gov.my
- Hubungi ke talian terus melalui 06-2322546 untuk bercakap dengan pegawai berkenaan
Anda akan menghadapi masalah dalam urusan pindahmilik, gadaian, cagaran, pembahagian pesaka dan sebagainya sekiranya anda tidak mempunyai Hakmilik Strata.
- Mempunyai kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik membuat urusniaga seperti pindahmilik, memajak, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak yang dimiliknya.
- Hak mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan di mesyuarat agung luar biasa. Dengan syarat telah membayar tabung pengurusan yang dikutip oleh perbadanan pengurusan.
- Hak ke atas harta bersama mengikut unit syer yang diperuntukkan.
- Hak kepada sokongan, perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, sistem perparitan, bekalan elektrik, pungutan sampah dan perkhidmatan lain
- Hak untuk meneliti rekod dan akaun perbadanan pengurusan.
- Membayar caruman kumpulan wang pengurusan;
- Mematuhi undang-undang kecil yang sedang berkuatkuasa;
- Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa; dan
- Mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa awam/ tempatan berhubungan dengan petak yang dimilikinya.
- Petak anda boleh disita dan dibuat penahanan harta alih.
- Jika anda seorang penyewa, anda mungkin boleh menolak bayaran yang terhutang kepada sewa yang harus dibayar kepada pemilik.
- Anda boleh disaman di mahkamah
Hak Milik Strata (Pindaan) 2
Contohnya:-
Rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, Townhouse, dan rumah kedai.
Jadual petak mengandungi:-
- Pelan lokasi, tingkat dan tandaan seperti Seksyen 9 AHS
- Petak, harta bersama dan petak aksesori
- Perakuan JUBL bahawa skim boleh dipecah bahagi
- Perakuan Arkitek/Jurutera bahawa bangunan / petak tanah yang dibina akan mengikut pelan yang diluluskan.
Contohnya:-
Pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pesaka
Hasil
Cukai Tanah ditafsirkan sebagai “sewa” di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 sebagai :
i) apa-apa jumlah wang tahunan yang dikenakan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai sewa.
ii) apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang, mengikut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklan dipungut seolah-olah ia adalah sewa atau hasil tanah; dan
iii) apa-apa fee yang akan dibayar kepada PBN berkenaan dengan tunggakan sewa menurut kuasa kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14.
Merujuk kepada Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965, setiap pemilik tanah berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah tahunan.
Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. Selepas daripada tarikh tersebut, denda lewat akan dikenakan.
Pengenaan cukai tanah adalah selaras dengan peruntukan Undang-undang Malaysia iaitu Kanun Tanah Negara 1965 yang menyebut bahawa cukai sewa adalah yang kena dibayar mengenai mana-mana tanah berimilik hendaklah merupakan satu hutang yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri. Pengenaan cukai taksiran pula adalah selaras dengan peruntukan Akta Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 127 yang membolehkan Majlis/PBT mengenakan cukai taksiran atau cukai am ke atas pegangan-pegangan yang terdapat di dalam kawasan pentadbiran Majlis
Di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara tanah anda akan DIRAMPAS.
Cukai tanah boleh dibayar melalui saluran – saluran berikut :
i. Pejabat Daerah Dan Tanah di dalam negeri Melaka
ii. UTC Melaka
iii. Pejabat Pos Malaysia seluruh negara
iv. Kaunter Bank Simpanan Nasional seluruh Malaysia
Ya, cukai tanah boleh dibayar melalui Portal e-Bayar.
Tidak boleh, bayaran online hanya boleh dibuat melalui Portal e-Bayar sahaja. Sebarang pembayaran melalui saluran online yang lain tidak akan diproses.
Pembayaran cukai tanah tidak boleh dibuat sekaligus kerana 1 akaun cukai tanah adalah hanya untuk 1 bayaran sahaja.
Bagi pembayaran yang dibuat, pengguna perlu menunggu sekurang - kurangnya 3 hari bekerja berikutnya untuk pengesahan bayaran oleh pihak bank.
Sebarang permasalah berkenaan bil cukai tanah boleh dirujuk kepada Seksyen Hasil PTG di talian 06 – 333 3333 samb. 5041.
a) Penukaran alamat boleh dilakukan melalui online di sini link : https://docs.google.com/forms/u/1/d/e/1FAIpQLScq_uPv3zK6akBcYpBvHNFEuRGKdhQVQk5g22GSx1Y-wy_AjA/viewform?usp=send_form
b) Penukaran alamat boleh juga dilakukan di setiap kaunter Pejabat Tanah Dan Daerah.
Ya. Bayaran cukai tanah boleh dibayar dimana-mana kaunter hasil Pejabat Daerah Dan Tanah di dalam negeri Melaka.