Soalan Lazim

Umum

Ya, Pihak pemaju / tuan tanah masih boleh dikenakan tindakan jika gagal mengemukakan permohonan hakmilik strata ke PTG.
Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) mengandungi elemen Jadual Petak dan Pelan Bangunan yang telah diluluskan. Sehubungan itu, sekiranya pihak PTG mendapati maklumat-maklumat tersebut tidak selari, maka pihak PTG boleh menolak permohonan tersebut.
  1. Tempoh masa pengeluaran hakmilik strata yang lebih pendek.
  2. Hakmilik strata akan didaftarkan di atas nama pemilik tanah / pemaju serentak dengan penyerahan pemilikan kosong (vacant possession), selaras dengan konsep baru pengeluaran hakmilik strata.
  3. Pemilik tanah / pemaju perlu membuat lantikan jurukur berlesen, deposit ukur ke Lembaga Jurukur Tanah dan penentuan formula unit syer ke OSC sebelum kelulusan pelan bangunan.
  4. Pemohonan semakan pelan cadangan strata dikemukakan kepada JUPEM lebih awal iaitu selepas peringkat penyiapan super structure berbanding amalan semasa di mana permohonan dikemukakan selepas Sijil Layak Menduduki (CFO) atau Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan.
  5. Permohonan hakmilik strata perlulah dengan tanah berstatus hakmilik tetap. Permohonan      hakmilik strata di atas tanah berstatus hakmilik sementara tidak lagi dibenarkan.
  6. Gadaian perlu dilepaskan terlebih dahulu sebelum permohonan diterima.
  1. Konsep baru ini mencadangkan agar perkara-perkara berikut dipatuhi sebelum kelulusan pelan bangunan boleh diberikan:
    • Pemilik tanah / pemaju telah membuat lantikan juruukur berlesen.
    • Pemilik tanah / pemaju telah mendepositkan bayaran upah ukur ke Lembaga Juruukur Tanah.
    • Pemilik tanah / pemaju telah menetapkan formula kiraan unit syer.
    • Segala isu atau masalah berkaitan tanah telah diselesaikan di peringkat Kebenaran Merancang.
  2. Setelah pengeluaran lesen dan permit jualan, pemilik tanah / pemaju bolehlah menjual serta memulakan pembinaan.
  3. Dalam tempoh 3 bulan (tambahan 1 bulan rayuan) selepas Principal Submitting Person (PSP) mengesahkan bahawa projek telah mencapai peringkat super structure, tuan tanah/pemaju perlu mengemukakan Pelan Cadangan Strata kepada JUPEM.
  4. JUPEM seterusnya akan menyemak pelan tersebut dalam tempoh 1 bulan dan sekiranya diperakukan sebagai teratur, JUPEM akan mengeluarkan CPSP kepada tuan tanah/pemaju.
  5. Tuan tanah/pemaju seterusnya diberi tempoh selama 1 bulan (tambahan 1 bulan rayuan) untuk mengemukakan permohonan hakmilik strata kepada PTG Negeri.
  6. PTG Negeri dan JUPEM seterusnya akan memproses permohonan tersebut dan mendaftarkan hakmilik strata ke atas nama tuan tanah/pemaju dalam tempoh 2 bulan.
Di dalam Pindaan AHS, Jurukur Tanah Berlesen dan Arkitek hendaklah dilantik sebelum permohonan SiFUS. Walau bagaimanapun sekiranya Jurukur Tanah Berlesen dan Arkitek dilantik lebih awal iaitu semasa pelan bangunan dikemukakan atau disediakan ianya lebih sesuai agar jadual petak yang disediakan adalah selari dengan pelan bangunan.
Ya, dalam peruntukan peralihan, pengecualian menggunakan aliran kerja yang baru hanya bagi kes yang sedang dalam tindakan untuk diluluskan, atau yang telah diluluskan tetapi hakmilik strata belum dikeluarkan.
 

Cukai tanah mengikut Seksyen % Kanun Tanah Negara 1965 ditakrifkan sebagai:

  1. Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa negeri (PBN) sebagai cukai sewa
  2. Apa-apa pembayaran tahunan lain terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri yang menurut mana-mana undang-undan bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ia adalah cukai sewa atau hasil tanah
  3. Apa-apa bayaran terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tunggakan cukai sewa

Sila layari https://ebayar.melaka.gov.my/ atau laman web rasmi PTG di http://ptg.melaka.gov.my dan klik pada Bayar Cukai Online

Perkara utama perlu diberi perhatian sebelum membuat transaksi pembayaran

  1. Pengguna mestilah telah mendaftar sebagai pembayar Perbankan Internet daripada bank-bank yang menyertai FPX iaitu :
    1. Bank Islam Malaysia Berhad
    2. RHB Bank
    3. CIMB Bank
    4. Maybank2U
    5. Public Bank Berhad
    6. Hong Leong Bank Berhad
  2. Pengguna mestilah mengetahui no akaun cukai tanah yang ingin dibayar seperti tertera pada bil yang telah dipos ke alamat pengguna, bil
    tahun lepas atau merujuk kepada pejabat daerah.
  3. Waktu operasi perkhidmatan pembayaran melalui FPX adalah dari jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am.
  4. Sila cetak atau simpan (save) resit transaksi bayaran dan resit cukai tanah sebagai bukti pembayaran. Penyata pembayaran online (resit cukai 
    tanah) hanya boleh diperolehi di Kaunter Unit Hasil, Pejabat Tanah dan Daerah 7 hari selepas pembayaran dibuat.
  5. Terimaan bayaran di dalam jumlah penuh sahaja dan sebarang ansuran tidak dibenarkan. Jika pembayar hendak membuat bayaran ansuran 
    silarujuk ke Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan.
  6. Had maksimum bagi setiap transaksi adalah RM 2,000.00
  7. Semua transaksi pembayaran cukai tanah negeri Melaka melalui FPX akan dikenakan caj RM 0.50 kepada akaun pembayar.

Sebarang pertanyaan oleh menghubungi :
Unit Hasil PTG : 06-2325906, 06- 2325905, 06-2325358
Unit IT PTG : 06-2325915, 06- 232 5914, 06-2326251

Atau hantarkan email ke alamat berikut : ptg@melaka.gov.my

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan online, bolehlah menghubungi terus ke Unit IT, PTG menerusi talian 06-333 3333 sambungan 5016 atau 5017 untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan.
Pengenaan cukai tanah adalah selaras dengan peruntukan Undang-undang Malaysia iaitu Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56/1965) yang menyebut bahawa cukai sewa adalah yang kena dibayar mengenai mana-mana tanah berimilik hendaklah merupakan satu hutang yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri. Pengenaan cukai taksiran pula adalah selaras dengan peruntukan Akta Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 127 yang membolehkan Majlis/PBT mengenakan cukai taksiran atau cukai am ke atas pegangan-pegangan yang terdapat di dalam kawasan pentadbiran Majlis

Selain daripada membuat aduan di kaunter peti aduan yang telah disediakan, orang awam juga boleh menggunakan alternatif lain untuk menyatakan aduan mereka melalui:

  • Laman web rasmi kerajaan Negeri Melaka iaitu www.melaka@gov.my dan menggunakan sistem e-aduan sebagai saluran
  • Talian ONCC (One Number Call Centre), 06-2333333
  • SMS taip ADU hantar ke 019-2833332
  • Email ke norhayati_m@melaka.gov.my
  • Hubungi ke talian terus melalui 06-2322546 untuk bercakap dengan pegawai berkenaan
Tahukah anda Hakmilik Strata adalah sama pentingnya dengan Hakmilik Tanah. Hakmilik Strata adalah satu-satunya geran/ dokumen/ bukti pemilikan petak anda!

Anda akan menghadapi masalah dalam urusan pindahmilik, gadaian, cagaran, pembahagian pesaka dan sebagainya sekiranya anda tidak mempunyai Hakmilik Strata.
Di bawah Akta Hakmilik Strata 1985, pemaju/pemilik asal perlu memohon untuk hakmilik strata dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Sijil Layak Menduduki dikeluarkan atau tarikh perjanjian jual beli dilakukan mengikut mana yang terkemudian.
Ya. Anda perlu membuat bayaran kepada pejabat tanah dan juga menbayar bayaran perkhidmatan peguam, kecuali jika pemaju membuat bayaran tersebut sebagai khidmat kepada pembeli. Selain itu, semua kos dan bayaran bagi memperolehi hakmilik strata perlu dibiayai oleh pemaju.
Hak-hak pemilik petak termasuk:-
  • Mempunyai kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik membuat urusniaga seperti pindahmilik, memajak, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak yang dimiliknya.
  • Hak mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan di mesyuarat agung luar biasa. Dengan syarat telah membayar tabung pengurusan yang dikutip oleh perbadanan pengurusan.
  • Hak ke atas harta bersama mengikut unit syer yang diperuntukkan.
  • Hak kepada sokongan, perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, sistem perparitan, bekalan elektrik, pungutan sampah dan perkhidmatan lain
  • Hak untuk meneliti rekod dan akaun perbadanan pengurusan.
  • Membayar caruman kumpulan wang pengurusan;
  • Mematuhi undang-undang kecil yang sedang berkuatkuasa;
  • Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa; dan
  • Mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa awam/ tempatan berhubungan dengan petak yang dimilikinya.
  • Petak anda boleh disita dan dibuat penahanan harta alih.
  • Jika anda seorang penyewa, anda mungkin boleh menolak bayaran yang terhutang kepada sewa yang harus dibayar kepada pemilik.
  • Anda boleh disaman di mahkamah
Bolehlah menghubungi terus ke Unit Hasil, PTG menerusi talian 06-333 3333 sambungan 5041 untuk mengemaskini nama dan alamat terkini atau pun mengunjungi mana-mana Pejabat Tanah Daerah di Negeri Melaka yang berhampiran dengan anda. Anda juga boleh menghantar e-mel ke ptg@melaka.gov.my bagi tujuan pengemaskinian nama dan alamat

Pembayaran cukai tanah secara ansuran boleh dipertimbangkan oleh Pengarah Tanah dan Galian melalui satu kertas pertimbangan yang dibuat kepada beliau. Oleh itu, para pemohon boleh dipertimbangkan untuk boleh memohon pembayaran ansuran sekiranya mempunyai tunggakan melebihi RM 1,000. Permohonan boleh dibuat kepada Pejabat Daerah dan Tanah di daerah di mana tanah pemilikan pemohon.

Permohonan pembayaran secara ansuran ini adalah salah satu inisiatif / langkah-langkah Pejabat Tanah sebagai kemudahan pemilik tanah di Melaka bagi yang memiliki tunggakan cukai yang tinggi. Walau bagaimanapun, sebagai pemilik tanah, tanggungjawab membayar cukai tanah adalah membayar cukai tanah setiap awal tahun sehingga 31 Mei setiap tahun.

Anda boleh menghubungi mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh Melaka seperti senarai di bawah:

  • Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah
    Aras Bawah & Aras Satu, Bangunan Wisma Negeri
    75450 Ayer Keroh
    Melaka
    Tel no: 06-232 7035 atau 06-232 7094
    (Unit Hasil)
  • Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
    78000 Alor Gajah, Melaka
    Tel no: 06-559 1211 (Unit Hasil)
  • Pejabat Daerah dan Tanah Jasin
    77000 Jasin, Melaka 
    Tel no: 06-529 8124 (Unit Hasil)
  • Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
    Aras 1-2, Bangunan Wisma Negeri
    Jalan Wisma Negeri
    75450 Ayer Keroh
    Melaka
    Tel no: 06-232 5905 atau 06-232 5906 
    (Unit Hasil)

Cukai tanah boleh dibayar di mana-mana kaunter Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh Melaka, selain itu, cukai tanah juga boleh dibayar melalui kaunter kutipan luar iaitu di Melaka Sentral, daerah Melaka Tengah, di Merlimau, daerah Jasin dan di Masjid Tanah, daerah Alor Gajah.

Selain itu juga, pihak kami juga telah melantik agen pemungut kutipan cukai tanah iaitu semua kaunter Bank Simpanan Nasional yang terpilih seluruh Malaysia, semua kaunter Pejabat Pos seluruh Malaysia dan semua kaunter Majlis Bandaran seluruh Melaka.

Mulai tahun lepas juga, pembayar cukai tanah boleh membayar cukai tanah secara online melalui laman web ini, iaitu hanya klik kepada bayar online melalui FPX dan mendaftar sebagai pengguna perbankan internet. Panduan dan maklumat lanjut pembayaran melalui online boleh didapati di ruangan yang berkaitan di laman web ini.

Kegagalan membayar cukai tanah setiap tahun akan menyebabkan Notis 6A (Notis Peringatan yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah kepada pemilik tanah individu atau syarikat yang gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah beserta denda lewat seperti yang dituntun) dikeluarkan kepada:

  1. mana-mana individu yang mempunyai tunggakan cukai selama 5 tahun atau jumlah tunggakan melebihi RM 500.
  2. mana-mana syarikat yang mempunyai tunggakan cukai selama 3 tahun atau jumlah tunggakan melebihi RM 1,000.

Sekiranya mana-mana individu atau syarikat yang masih gagal membayar jumlah tunggakan cukai beserta denda yang dituntut di dalam Notis 6A itu, perintah melucuthak di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diteruskan yang mana pemilik tanah akan kehilangan tanah mereka.

Hak Milik Strata (Pindaan) 2

Berdasarkan konsep aliran kerja baru, formula unit syer ditentukan lebih awal iaitu selepas kelulusan pelan bangunan.
SiFUS adalah satu perakuan oleh PTG Negeri sebagai salah satu pra syarat permohonan hakmilik strata. SiFUS akan dikeluarkan oleh PTG Negeri setelah pemilik asal/pemaju menyelesaikan syarat-syarat tanah.
Mengikut Seksyen 6 (1) Akta Pengurusan Strata 2013, pemaju tidak boleh menjual petak-petak tanpa memfailkan Jadual Petak terlebih dahulu ke Pesuruhjaya Bangunan.
Jadual petak mengandungi:-
  1. Pelan lokasi, tingkat dan tandaan seperti Seksyen 9 AHS
  2. Petak, harta bersama dan petak aksesori
  3. Perakuan JUBL bahawa skim boleh dipecah bahagi
  4. Perakuan Arkitek/Jurutera bahawa bangunan / petak tanah yang dibina akan mengikut pelan yang diluluskan.
Pemilik petak/perbadanan pengurusan boleh membuat pertanyaan terus kepada Pesuruhjaya Bangunan selaras dengan wartanya Akta Pengurusan Strata 2013.
Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit/ petak bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat yang unit-unitnya telah dijual. Unit-unit ini adalah dikenali sebagai petak-petak.

Contohnya:-
Rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, Townhouse, dan rumah kedai.
Untuk menjaga kepentingan pembeli sebagai bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga.

Contohnya:-
Pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pesaka

Pendaftaran Tanah

Pindaan 2013 memperuntukkan permohonan pecah bahagi bangunan hanya boleh dibuat setelah hakmilik tetap (FT) diperolehi.
Maksud Kaveat ialah larangan terhadap urusniaga (Restraint On Dealing) dan ia dimasukkan untuk menjaga kepentingan orang yang ada kepentingan terhadap tanah atau kepentingan itu.  Kaveat merupakan satu alat pengurusan yang mudah dan murah yang disediakan oleh Kanun Tanah Negara (KTN) untuk melindungi kepentingan tertentu.
 
Permohonan Kaveat Persendirian hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang 19B dan diisi dengan lengkap dan diakusaksi dan menyatakan ciri-ciri tuntutan samada kaveat yang hendak dimasukkan itu mengikut tanah atau kepentingan Seksyen 323 (2). Bayaran sebagaimana yang ditetapkan dan surat Akuan Sumpah hendaklah disertakan bersama.
Setiap urusniaga dikehendaki menggunakan borang yang telah ditetapkan, disamping cara-cara pengisian yang tertentu. Semasa pengisian borang, peruntukan-peruntukan yang terdapat di bawah Seksyen 43 dan Jadual 10 KTN hendaklah dipatuhi. Suratcara yang telah siap diisi hendaklah ditandatangani oleh pemilik tanah atau orang berkaitan itu sendiri dan bagi kes-kes yang melibatkan syarikat dan perbadanan, suratcara hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa di bawah perlembagaan atau undang-undang perbadanan atau syarikat yang berkaitan untuk berbuat demikian.
 
Semua suratcara yang dilaksanakan oleh orang perseorangan hendaklah diakusaksikan (attested) oleh pegawai-pegawai yang tercatit di dalam Jadual Ke 5, KTN dan bagi kes syarikat dan perbadanan, sebagaimana yang diperuntukan di dalam undang-undang masing-masing.
 
Semua suratcara yang telah disempurnakan hendaklah disetemkan secukupnya mengikut Akta Setem 1949 dan diserahkan ke Pejabat Tanah yang berkenaan untuk didaftarkan.  Selain daripada itu, dokumen-dokumen iringan perlu disertakan dan bayaran-bayaran 'fees' yang ditetapkan perlu dijelaskan.
Bayaran boleh dibuat melalui cek bagi urusan yang melibatkan amaun berjumlah RM300.00 ke atas
Cukai tanah bagi tahun semasa perlu dijelaskan sebelum sebarang urusniaga boleh dilaksanakan.
Permohonan pemotongan kaveat boleh dipohon kepada Pentadbir Tanah melalui Seksyen 326 Kanun Tanah Negara dengan menggunakan Borang 19H atau melalui Perintah Mahkamah berdasarkan Seksyen 327 KTN.
Hanya pemilik atau pihak berkepentingan yang berdaftar sahaja yang boleh membuat permohonan.
Perserahan yang tidak lengkap boleh diterima, namun pendaftaran hanya boleh disempurnakan setelah dokumen yang diperlukan/dikuiri telah diterima oleh Pejabat Tanah.
Penyaksian bagi hakmilik Tanah Adat Melaka hanya boleh disempurnakan oleh Pentadbir Tanah Daerah sahaja.
Perubahan boleh dibuat pada borang suratcara dengan syarat semua perubahan perlu ditandatangan ringkas.
Ruangan penyaksian tidak perlu dilengkapkan sekiranya terdapat cop mohor syarikat pada borang suratcara.
Borang Suratcara hanya boleh dilengkapkan dengan menggunakan dakwat kekal berwarna hitam atau biru hitam selaras dengan peruntukan Jadual Kesepuluh Kanun Tanah Negara.
Pihak yang berkepentingan perlulah:
  • membuat surat permohonan hakmilk hilang
  • Surat Akuan Sumpah mengenai kehilangan hakmilik berkenaan (dibuat oleh tuanpunya tanah atau mana-mana orang atau badan yang menuntut melalui tuan punya tanah). Di dalam Surat Akuan Sumpah perlulah disebut butir-butir hakmilik tanah yang hilang iaitu mukim, jenis dan nombor hakmilik serta nombor Lot/PT.
Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen yang diperlukan berdasarkan checklist yang disediakan berserta bayaran RM240.00 bagi setiap hakmilik.
© 2015   - 2017 Hakcipta Terpelihara
Pejabat Tanah & Galian Melaka
Laman web ini kali terakhir dikemaskini pada  Khamis, 16 November 2017  11:48:46