AKTIVITI
Senarai ini hanya memaparkan Aktiviti yang telah melepasi tarikh paparan
PENGUJIAN SISTEM e-TANAH BERKAITAN AKTA PENGAMBILAN TANAH
Pengujian dilakukan secara berfasa dan jadual disusun mengikut peranan serta urusan yang dilakukan.
Bil 1/2020 : 21 hingga 24 Julai 2020
Bil 2/2020 : 10 hingga 21 Ogos 2020
Bil 3/2020 : 02 hingga 21 September 2020
Pengujian dilakukan oleh pengguna berpengalaman yang terdiri daripada pegawai dari PTG dan juga PTD.
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH "Bayar Cukai Tanah dan Menang" BAGI BULAN JANUARI 2019
24 Februari 2019
| 27 Februari 2019
27 Mac 2019
Majlis Penyampaian Hadiah Kempen "Bayar Cukai Tanah dan Menang" telah diadakan pada 25 Februari 2019 yang lalu bertempat di Dewan Zamrud, Pejabat Tanah dan Galian Melaka. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Melaka, YBhg. Datuk Zaidi Bin Johari.
PERHIMPUNAN PAGI PTG BIL. 1/2019
14 Januari 2019
| 18 Januari 2019
30 November 2021
Perhimpunan Pagi Pejabat Tanah dan Galian Melaka Bilangan 1 Tahun 2019 telah diadakan pada 14 Januari 2019 jam 9.00 pagi di Dewan Zamrud, Aras 2, Wisma Negeri, Melaka. YBhg. Datuk Zaidi bin Johari telah menyampaikan beberapa amanat bagi tahun 2019. Majlis juga meraikan kakitangan baharu dan juga Anugerah Pekerja Cemerlang bagi Suku Tahun ke-4 2018.
MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL ARWAH
11 Januari 2019
| 18 Januari 2019
18 Februari 2019
Majlis bacaan Yasin dan Tahlil bagi arwah Puan Laila binti Husin (kakitangan PTG) telah diadakan pada 11 Januari 2019 jam 2.45 petang di Dewan Zamrud. Pengarah PTG juga telah menyampaikan sumbangan kepada anak arwah. Didoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan dicucuri rahmat.
MAJLIS MERAIKAN PERTUKARAN KAKITANGAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN MELAKA
15 Januari 2019
| 15 Januari 2019
19 Februari 2019
Pada 21 Disember 2018 (Jumaat), Biro Rekreasi dan Keraian melalui Kelab Rekreasi dan Kebajikan PTG Melaka telah menganjurkan Majlis Meraikan Pertukaran Kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Melaka bertempat di Jonker Cafe, Hotel Seri Malaysia Melaka. Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi meraikan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Melaka yang telah bertukar keluar pada tahun 2018. Kakitangan yang diraikan di dalam majlis pada kali ini ialah Encik Mohd Yusri bin Zainal, Ketua Seksyen Penguatkuasa dan Teknikal.
CERAMAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEBAKARAN DI TEMPAT KERJA
06 Disember 2018
| 10 Disember 2018
31 Disember 2018
6 Disember 2018 , Dewan Zamrud PTG melaka
KURSUS TEAMBUILDING "SMART PERFORMANCE" PEJABAT TANAH DAN GALIAN MELAKA
25 Oktober 2018
| 25 Oktober 2018
30 November 2018
PTG telah mengadakan kursus Teambuilding "Smart Performance"pada 25-28 Oktober 2018 di Alia Residence Business Resort, Langkawi. Kursus ini melibatkan seramai 86 orang pegawai dan kakitangan.
Program Hiking Bukit Beruang
22 September 2018
| 10 Oktober 2018
31 Oktober 2018
Program HIKING KE BUKIT BERUANG @ BEARHILL “DAKIAN PTG MENUJU PUNCAK” yang dianjurkan oleh Biro Sukan Kelab Sukan dan Rekreasi PTG
IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)
21 September 2018
| 10 Oktober 2018
31 Oktober 2018
Pada 21 September 2018, PTG telah melaksanakan Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dikalangan penjawat awam PTG. IBR tersebut telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan). Wakil daripada pejabat SPRM Melaka dan Unit Integriti JKMM juga turut hadir pada majlis tersebut.
LAWATAN KE HATYAI DAN SONGKHLA, THAILAND
03 Oktober 2018
31 Oktober 2018
Kelab Rekreasi dan Kebajikan PTG telah mengadakan lawatan ke Hatyai dan Songkhla, Thailand pada 7-10 September 2018.
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2018
10 Oktober 2018
31 Oktober 2018
Seramai 36 orang peserta kontinjen mewakili PTG ke Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2018 pada 31 Ogos 2018 bertempat di Dataran Pahlawan Melaka.
PROGRAM KORBAN BERKELOMPOK
10 Oktober 2018
31 Oktober 2018
Kelab Rekreasi dan Kebajikan PTG telah mengadakan Program Korban Berkelompok pada 24 Ogos 2018 sempena sambutan Aidiladha 1439H/2018M
Majlis Penyampaian Hadiah Kempen "Bayar Cukai Tanah dan Menang"
18 Julai 2018
18 Ogos 2018
Majlis Penyampaian Hadiah Kempen "Bayar Cukai Tanah dan Menang" telah diadakan pada 10 Julai 2018 (Selasa) yang lalu bertempat di Dewan Zamrud, Pejabat Tanah dan Galian Melaka. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Tuan Adly bin Zahari dan turut hadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Roslan bin Ibrahim.
MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE-16 , KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN MELAKA
03 Julai 2018
24 Julai 2018
26 Jun 2018 , Telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab PTG kali ke-16 yang berlangsung di Dewan Zamrud, PTG Melaka
Majlis Berbuka Puasa Pejabat Tanah dan Galian Melaka 2018
04 Jun 2018
15 Jun 2018
Pada 25 Mei 2018 Pejabat Tanah dan Galian mengadakan Majlis berbuka puasa peringkat Jabatan di perkarangan Letak Kereta Wisma negeri.
Majlis bacaan yassin dan tahlil berkelompok warga PTG Melaka anjuran Biro Agama Kelab Rekreasi dan kebajikan PTG
28 Mei 2018
| 28 Mei 2018
08 Jun 2018
Pada 25 Mei 2018 (Jumaat) Satu majlis bacaan yassin dan tahlil berkelompok anjuran Biro Agama Kelab Rekreasi dan kebajikan PTG telah diadakan bagi sedekahkan bacaan yassin kepada ahli-ahli keluarga kakitanagan PTG Melaka yang telah meninggal dunia.
Latihan Bowling bersama Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Melaka
01 Mac 2018
30 April 2018
pada 2 Mac 2018 (Jumaat) , satu latihan bowling bersama pengarah PTG telah diadakan bagi persiapan menghadapi perlawanan-perlawanan bowling yang bakal tiba sepanjang tahun 2018.
Majlis Jasamu Dikenang
01 Mac 2018
| 01 Mac 2018
30 April 2018
Pejabat Tanah dan Galian Melaka (PTG) telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang bertempat di MITC pada 2 Mac 2018 sempena persaraan dan pertukaraan kakitangan PTG.
Perarakan Maulidur Rasul 1439H
05 Disember 2017
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka telah diadakan pada 1 Disember 2017 bersamaan 12 Rabiul Awal 1439H. Seramai 35 orang pegawai dari PTG Melaka telah menyertai perarakan tersebut.
PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN 2017 (SEHATI SEJIWA)
Tanggal 31 Ogos setiap tahun negara kita menyambut hari kemerdekaan negara.Kemuncak sambutan di seluruh negara ialah pembarisan pearakan oleh pelbagai organisai sepert jabatn kerajaan , agensi kerajaan, badan berkanun , swasta , persatuan, pertubuhan dan lain -lain. Pejabat Tanah dan Galian Melaka. Dengan barisan dianggotai 42 pegawai dan kakitangan,
MAJLIS RUMAH TERBUKA WISMA NEGERI 2017
18 Julai 2017
| 18 Julai 2017
18 Ogos 2017
Majlis Rumah terbuka Wisma Negeri 2017 telah diadakan pada 18 Julai 2017 bersamaan hari Selasa. Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron dan Isteri Datin Seri Datuk Wira Hjh. Fadilah bin Abdullah.
PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON PEJABAT TANAH DAN GALIAN MELAKA BERSAMA BADAN AMAL KEBAJIKAN ISTERI WAKIL-WAKIL RAKYAT BN NEGERI MELAKA (BISTARI)
12 Julai 2017
| 12 Julai 2017
12 Ogos 2017
12 Julai 2017 RABU - Biro Sukan dan Rekreasi telah mengadakan Perlawanan Persahabatan Badminton bagi membuat pemilihan pemain yang akan mewakili jabatan ini di dalam Sukan Petanda yang akan berlangsung pada tahun 2017.
MAJLIS CABUTAN PEMBAYAR CUKAI TANAH YANG BERTUAH BAGI " Kempen Bayar Cukai Tanah Dan Menang"
04 Julai 2017
| 04 Julai 2017
04 Ogos 2017
Pada 20 jun yang lalu, pejabat tanah dan galian melaka telah mengadakan majlis cabutan pembayar cukai tanah yang bertuah bagi " Kempen Bayar Cukai Tanah Dan Menang! ". Kempen ini merupakan insentif kerajaan negeri untuk menggalakkan pemilik tanah untuk membayar cukai tanah.• Majlis cabutan ini telah dihadiri oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka iaitu Datuk Seri Hj Naim Bin Abu Bakar, YB Pegawai Kewangan Negeri iaitu Datuk Roslan Bin. Ibrahim, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka iaitu Datuk Kamal Ariffin Bin Ismail, pegawai-pegawai daerah, wakil jabatan, wakil agensi pemungut, wakil media serta tetamu jemputan dari pelbagai agensi dan jabatan.
MAJLIS PERJUMPAAN PENGARAH TANAH DAN GALIAN BERSAMA KAKITANGAN DAN JUGA MAJLIS KHATAM AL-QURAN
03 Julai 2017
| 03 Julai 2017
03 Ogos 2017
21 JUN 2017 - Majlis Perjumpaan Pengarah Tanah dan Galian bersama kakitangan telah diadakan bagi mendengar amanat yang disampaikan pengarah. Selian itu, majlis diserikan lagi dengan pemberian sumbangan hari raya dari Kelab Rekreasi dan Sukan kepada semua kakitangan PTG bagi persediaan menyambut syawal 2017.
PROGRAM IFTAR RAMADAN PERINGKAT PEJABAT TANAH DAN GALIAN BAGI TAHUN 2017
21 Jun 2017
31 Julai 2017
16 JUN 2017 (JUMAAT) - PEJABAT TANAH DAN GALIAN MELAKA telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama kakitangan PTG dan keluarga. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Zaidi bin Johari, Pengarah Tanah dan Galian Melaka dengan penyampaian duit raya kepada anak-anak kakitangan PTG Melaka.
HARI KELUARGA PEJABAT TANAH DAN GALIAN MELAKA 2016
22 Disember 2016
08 Februari 2017
HARI KELUARGA PTG 2016 TELAH DIADAKAN PADA 3 DISEMBER 2016 (SABTU) BERTEMPAT DI WATER THEME PARK AFAMOSA RESORT MELAKA.
Majlis Hitea Persaraan dan Pertukaran kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Melaka sehingga Disember 2016.
22 Disember 2016
31 Januari 2017
Majlis Persaraan dan Pertukaran ini telah diadakan pada 28 November 2016 (Isnin) bertempat di Kings Hotel Melaka,
PERLAWANAN BADMINTON ANTARA KAKITANGAN DALAMAN PTG
01 Oktober 2016
| 01 Oktober 2016
30 November 2016
Perlawanan badminton antara kakitangan dalaman PTG telah diadakan pada 30 September 2016.
Majlis Persaraan dan Pertukaran Kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Melaka
01 Ogos 2016
31 Ogos 2016
Majlis Persaraan dan Pertukaran Kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Melaka
Text Ucapan Bajet Negeri Melaka Tahun 2014 Dengan Tema
Text Ucapan Bajet Negeri Melaka Tahun 2014 Dengan Tema "MELAKA MAJU FASA II" Oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj Idris Bin Hj Haron