UNIT PENDAFTARAN
 


1.  PENDAHULUAN

Unit Pendaftaran Hakmilik Geran Tanah, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka adalah penyimpan hakmilik tanah pegangan pendaftar iaitu hakmilik bagi tanah dalam kawasan yang diwartakan sebagai Kawasan Bandar dan Pekan dan tanah desa yang lebih daripada 4 hektar. 

Luas Negeri Melaka adalah 1650 kilometer persegi merangkumi daerah Melaka Tengah seluas 314 kilometer persegi, daerah Alor Gajah 660 kilometer persegi dan daerah jasin 676 kilometer persegi.

Daerah-daerah ini dipisahkan oleh sempadan daerah dan seterusnya dipisahkan oleh sempadan-sempadan mukim yang keseluruhannya berjumlah 81 mukim bagi negeri Melaka dan 174 buah kampung. Bagi daerah Melaka Tengah terdapat 30 mukim, daerah Alor Gajah 31 mukim dan daerah Jasin 20 mukim.

Terdapat juga sempadan kawasan Bandar dan Pekan serta Bandar Majlis Perbandaran. Bagi daerah Melaka Tangah terdapat kawasan 1 kawasan Bandar 9 kawasan Pekan serta 42 kawasan Bandar Majlis Perbandaran. Bagi daerah Alor Gajah terdapat 3 kawasan Bandar dan 4 kawasan Pekan. Bagi daerah Jasin terdapat 2 kawasan bandar dan 9 kawasan pekan.

Kawasan ini diwartakan dan sempadannya tertakluk kepada pelan yang disempurnakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan.

          TOP

2.  OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan sistem yang cekap dan berkesan bagi pendaftaran hakmilik, urusan tanah, dan penyenggaraan segala jenis rekod pemilikan tanah mengikut kehendak undang-undang yang sesuai dengan tujuan perancangan pembangunan dan perkhidmatan kepada orang ramai.

2.2 Mempertingkatkan mutu pentadbiran tanah serta menambah pengetahuan rakyat terhadap urusan tanah

 

          TOP

3.  PERANAN BAGI MENCAPAI OBJEKTIF
3.1 Pendaftaran hakmilik baru, hakmilik sambungan dan gantian
3.2 Pendaftaran suratcara urusan, suratcara bukan urusan dan pelbagai kemasukan dan catatan berkaitan dokumen hakmilik daftar dan rekod pemilikan tanah.
3.3 Pemeriksaan dan penukaran hakmilik pra Kanun Tanah Negara kepada hakmilik dibawah Kanun Tanah Negara, 1966 mengikut Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963

          TOP

4. PERANAN PENTADBIRAN
4.1 Memberi perkhidmatan kaunter kepada orang awam;
4.2 Urusan surat menyurat dengan orang awam dan jabatan-jabatan Kerajaan berhubung dengan masalah hakmilik tanah pegangan pendaftar;
4.3 Menerima bayaran dan mengeluarkan resit penerimaan bagi semua suratcara dan dokumen yang diterima untuk pendaftaran;
4.4 Menyediakan Perakuan Carian Rasmi dan salinan suratcara / dokumen yang diperakukan
4.5 Menyediakan butir-butir hakmilik tanah.
4.6 Menjilid dan membaikpulih daftar hakmilik dan dokumen pemilikan.

          TOP

5. PERANAN PENDAFTARAN
5.1 Menerima, menyemak dan mendaftarkan suratcara urusan dalam dokumen hakmilik keluaran dan daftaran dan menyelenggarakan Buku Perserahannya
5.2 Menerima , menyemak dan membuat catatera tertentu ke dalam daftar hakmilik dengan suratcara bukan urusan. Membuat pelbagai nota / catatan ke dalam dokumen hakmilik daftaran.
5.3 Mendaftarkan hakmilik sambungan bagi lot-lot pecahan kerana pecah sempadan, pecah bahagian atau penyatuan tanah dan hakmilik sementara H.S.(D) dari proses serahan dan berimilik semula.
5.4 Mendaftarkan hakmilik sambungan dari Daftar Sementara dan Hakmilik H.S. (D) kepada Geran dan Pajakan Negeri.
5.5 Menyediakan hakmilik sambungan dari Daftar Sementara kepada Geran Mukim, Geran Mukim Peringkat Pertama dan Pajakan Mukim untuk didaftarkan oleh Pentadbir Tanah.
5.6 Menguruskan penyadiaan hakmilik gantian bagi hakmilik yang telah rosak, musnah atau hilang.

          TOP

6.  PERANAN PEMERIKSAAN

6.1 Menyiasat dari rekod dan dokumen pemilikan lama bagi menentukan Daftar Sementara disambung kedalam ke dalam hakmilik kanun Tanah Negara.

6.2 Meneliti semua rekod pemilikan dan kepentingan semasa untuk penyediaan Perakuan Carian Rasmi dan butir-butir tanah.

 

          TOP

HAKMILIK TANAH PEGANGAN PENDAFTAR
  1. GERAN
  2. PEJAKAN NEGERI
  3. DAFTAR SEMENTARA ( INTERIM REGISTER)
  4. HAKMILIK SEMENTARA [H.S.(D)]

          TOP

KAWASAN BANDAR DAN PEKAN

  1. KAWASAN BANDAR

            Bandar I : Kawasan Bandar Melaka I – XLII dan Bandar Bukit Baru Sek I –V.

            Bandar II : Bandar Alor Gajah, Jasin, Masjid Tanah, Merlimau dan Pulau Sebang
 

     B.  KAWASAN PEKAN

          Pekan Daerah Alor Gajah: Pekan Durian Tunggal, Pekan Kuala Sungai baru, Pekan Lubok China, Pekan Rembia.

         Pekan Daerah Jasin : Pekan Asahan (Sek.1-2), Pekan Batang Melaka (Sek.1 -2), Pekan Bemban, Pekan Chin Chin, Pekan Kesang Pajak, Pekan Nyalas, Pekan Selandar, Pekan Sempang Bekoh, Pekan Sungai Rambai.

        Pekan Daerah Melaka Tengah: Pekan Ayer molek, Pekan Batu Bereendam, Pekan Bukit rambai, Pekan Kandang, Pekan Kelebang (Sek.1-4), Pekan Paya Rumput, Pekan Sungai Udang, (Sek.1-3), Pekan Tangga Batu, Pekan Tanjong Kling.

          TOP

 

SURATCARA URUSAN

1. PINDAHMILIK - BORANG 14A, 14B

2. PAJAKAN - BORANG 15A, 15B

3. GADAIAN - BORANG 16A, 16B, 16N

4. PERINTAH JUALAN - BORANG 16F, 16I

5. ISMEN - BORANG 17A

          TOP

SURATCARA BUKAN URUSAN
  1. PERINTAH MAHKAMAH
  2. PERINTAH PERLETAKHAKKAN
  3. PERINTAH PESAKA KECIL
  4. KAVEAT
  5. TUKAR NAMA

              TOP

KADAR BAYARAN

Bagi Setiap Hakmilik

  1. Pendaftaran Suratcara Urusan

  2.  a) Pindahmilik Tanah atau Pajakan (Borang 14A) RM 40.00

    b) Pindahmilik Gadaian (Borang 14B) RM 40.00

    c) Pajakan (15A) RM 40.00 

    d) Pajakan Kecil RM 40.00

    e) Gadaian (Borang 16A) RM 40.00   (setiap hakmilik tambahan) RM 10.00

    f) Penangguhan Gadaian (Borang 16C) RM 40.00

    g) Perintah Jualan oleh Mahkamah (Borang 16F RM 40.00

    h) Melepaskan Gadaian (Borang 16N) RM 40.00

    i) Pemberian Ismen (Borang 17A) RM 40.00

  3. a)Pendaftaran dan Pengeluaran Hakmilik Tetap

i) Hakmilik Pendaftar (Geran / Pajakan Negeri) RM 30.00

ii) Hakmilik Pejabat Tanah (G. Mukim / P. Mukim) RM 20.00

iii) Hakmilik Strata 1 petak RM 30.00 

  1. Pendaftaran dan Pengeluaran Hakmilik Sementara

i) Hakmilik Pendaftar [ H.S.(D)] RM 20.00

ii) Hakmilik Pejabat Tanah [H.S.(M) / H.S.(M)MCL] RM 15.00

  1. Pengeluaran Hakmilik Sambungan (hilang atau rosak) RM 85.00
  2. Memasukkan Kaveat persendirian (Borang 19B) RM 50.00
  3. Menarik / Membatal Kaveat Persendirian / Pemegang Lien.RM 50.00 (Borang 8 & 9)
  4. Memasuk / Membatalkan Kaveat Amanah RM 50.00
  5. Carian Sendiri untuk satu hakmilik RM 20.00
  6. Carian Sendiri sehari untuk seorang RM 200.00
  7. Pengeluaran Sijil Perakuan carian Rasmi (Jadual 4) RM 40.00
  8. Pengeluaran Salinan Hakmilik (salinan sah) RM 40.00
  9. Pengeluaran Salinan Sah Suratcara Urusan (setiap suratcara) RM 40.00
  10. Perintah Mahkamah RM 40.00
  11. Perintah Larangan RM 40.00
  12. Filing Trust Deed RM 40.00
  13. Pendaftaran Tukar Nama RM 40.00
  14. Filing Suratkuasa Wakil RM 50.00
  15. Filing Surat Kebenaran / Akuan RM 30.00
  16. Permohonan Pendahan (Transmission) RM 30.00
  17. Perletakhakan RM 40.00
  18. Lain-lain Dokumen RM 30.00
  19. Pendaftaran apa-apa suratcara (instrumen) atau membuat RM 30.00 - -apa catitan yang tidak disenaraikan 
  20. Bayaran Proses Strata
  21. 1 - 30 petak RM 300.00
  22. lebih daripada 30 petak tambah RM 10.00 sepetak
  23. Proses Permit Ruang Udara (untuk satu lot) RM 20.00

              TOP