UNIT IT 


1.  AKTIVITI UTAMA
Merancang, Melaksana dan Menyelenggara program pengkomputeran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka khasnya dan seluruh Pentadbiran Tanah Negeri Melaka amnya.
 
2.  PROGRAM PENGKOMPUTERAN
a)  Sistem Maklumat Hasil Tanah Negeri Melaka (LaRIS) 
b)  Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB)
c)  Sistem Infrastruktur Kebangsaan bagi Maklumat Tanah (NaLIS)
d)  Sistem Maklumat Tanah Bersepadu
e)  Sistem Kerajaan Elektronik Negeri Melaka

 

a)  Sistem Maklumat Hasil Tanah Negeri Melaka (LaRIS) 

Sistem ini telah dilaksanakan (1997-1999) dan beberapa pembaharuan telah dibuat untuk meningkatkan kutipan hasil tanah negeri. 
 Kebaikan:

1.  Membantu pengurusan untuk memantau kutipan hasil setiap daerah dengan menyediakan Modul Pengurusan serta laporan yang berkaitan.

2.  Membolehkan Bayaran Hasil Tanah Setempat dibuat di mana-mana Pejabat Tanah. 

3.  Membolehkan bayaran ansuran rumah awam dibayar melalui kaunter LaRIS.

4.  Membolehkan bil-bil dicetak dan diposkan kepada pemilik yang beralamat.

5.  Membantu menyelesaikan masalah kutipan hasil tanah tahun pertama.

6.  Membolehkan Pakej Cukai Ansuran bagi tunggakan melebihi RM1000.00 dilaksanakan dari 1.1.1999 sehingga 31.12.2000

7.  Membolehkan Kutipan Luar Cukai Setempat dilaksanakan di Kompleks Beli Belah Jaya Jusco, Mahkota Parade dan Tesco (Kempen Kutian Cukai Tanah Negeri Melaka)

8.  Peningkatan teknologi berterusan membolehkan penggunaan pembayaran secara Kad Kredit di laksanakan, Penggunaan Barcode-Reader dan lain-lain lagi.

          TOP

 

b)  Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB)

SPTB ialah satu kaedah pendaftaran berkomputer untuk semua urusan yang melibatkan hakmilik seseorang. Apabila digazetkan maklumat di dalam komputer diterima sebagai hakmilik yang tidak boleh disangkal.

Pelaksanaan tahun 2000-2001:

Kerja-kerja awal telah dijalankan:-

- kajian penyediaan tapak untuk bilik server, kaunter, bilik rundingcara dan sebagainya

- mengenalpasti hakmilik

- menyeragamkan syarat nyata, pihak yang berkepentingan

- mengenalpasti pegawai yang akan digazetkan untuk kerja-kerja tukarganti hakmilik.

Status terakhir: 

Mulai 1 April,2001 SPTB telah digunakan sepenuhnya dalam urusan Pendaftaran Pentadbiran Tanah Negeri Melaka dengan pemantauan berterusan bagi membolehkan sistem tersebut 'relevan' dengan keadaan semasa.

          TOP

 

c)  Sistem Infrastruktur Kebangsaan bagi Maklumat Tanah (NaLIS)

Sistem Infrastruktur Kebangsaan Bagi Maklumat Tanah.

Merupakan infrastruktur yang menggabungkan maklumat dari pelbagai agensi berkaitan tanah (ABT) dan membolehkan capaian data dibuat menerusi teknologi internet.

Tarikh Pelaksanaan : RM KE 8

Status Terakhir:- 

Negeri Melaka telah dilantik sebagai projek perintis bersama Wilayah Persekutuan dan Perlis. Telah ditukar nama kepada MyGDI dan telah beroperasi sepenuhnya. Bagaimanapun perbincangan tentang 'Data Hakmilik Tanah dari SPTB' belum mencapai keputusan. MyGDI Negeri Melaka kini beroperasi menggunakan data contoh sehingga April,2002 sahaja.

 

          TOP

d)  Sistem  Maklumat Tanah Bersepadu

Sistem Maklumat Tanah Bersepadu ini mengandungi beberapa modul. Di antara yang telah dilaksanakan ialah:-

- Sistem Maklumat Hasil Tanah Persekutuan

- Sistem Profil Daerah

e)  Sistem e-Tanah

Sistem ini akan menggabungkan kesemua urusan dalam pentadbiran tanah dalam satu sistem. Dibangunkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dengan mengambilkira Sistem-sistem yang telah dibangunkan (oleh JKPTG) sebelum ini seperti SPTB, MyGDI, Sistem Pesaka Kecil, Sistem Pengambilan Tanah dan lain-lain lagi, akan 'diIntegrasi' antara satu sama lain. Bagi urusan lain yang belum dibangunkan sistem berkomputer oleh JKPTG, satu kajian sedang dilaksanakan kini.

Tarikh Pelaksanaan : 2006

Status Terakhir:- 

Lawatan Tapak telah dilaksanakan pada September,2004 dengan mengambilkira kesemua keperluan (Kaunter, Perjawatan, Bilik Server, Rangkaian dan lain-lain lagi). Bengkel Cadangan Aliran Kerja Proses - Proses untuk Negeri Melaka telah dilaksanakan pada 20 oktober,2004. Bengkel Aliran Kerja seluruh negeri akan disatukan oleh JKPTG untuk tujuan Keperluan Tender.

          TOP