|
STRATEGI 1
Berusaha meningkatkan
prestasi kutipan hasil tanah dengan cara mengutip semua hasil yang sepatutnya dikutip,
mengelakkan kebocoran hasil dan mengenalpasti sumber-sumber hasil baru yang berpotensi
dikutip.
STRATEGI 2
Berusaha menjadikan Pejabat
Pengarah Tanah dan Galian sebagai peneraju utama dan pencetus idea dalam pelaksanaan
dasar, undang-undang serta prosedur pentadbiran tanah negeri melalui kepimpinan yang
berwibawa di semua peringkat.
STRATEGI 3
Berusaha menjadikan Pejabat
Pengarah Tanah dan Galian sebagai sebuah organisasi yang progresif, berdaya saing,
berketrampilan dan mempunyai sensitiviti tinggi melalui daya kepimpinan yang prihatin,
peka, penyayang serta persekitaran kerja yang mesra dan harmonis.
STRATEGI 4
Berusaha menjadikan Pejabat
Pengarah Tanah dan Galian sebagai sebuah organisasi yang unggul dan dinamik, peka kepada
perubahan, lebih proaktif dan bersedia menghadapi cabaran baru masa kini dan masa depan
dengan membentuk pegawai dan kakitangan yang berilmu, berkemahiran, berpengalaman dan
profesional dalam pentadbiran tanah.
STRATEGI 5
Berusaha menjadikan Pejabat
Pengarah Tanah dan Galian sebagai pelaksana undang-undang yang berwibawa, adil dan
bijaksana, menjamin hak pemilik serta pihak berkepentingan terhadap tanah sebagai
penasihat perundangan dan prosedur tanah bagi melindungi kepentingan kerajaan melalui
tindakan yang profesional dan telus.
STRATEGI 6
Berusaha untuk memelihara
dan menyuburkan hubungan erat dan harmoni serta mewujudkan iklim yang kondusif di antara
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dengan `Stake Holder, jabatan-jabatan dan
agensi-agensi kerajaan terutamanya Pejabat Tanah Daerah melalui hubungan dua hala secara
rasmi dan tidak rasmi.
STRATEGI 7
Berusaha memajukan
pentadbiran tanah negeri Melaka ke arah pentadbiran tanah elektronik melalui pembangunan
sistem berasaskan komputer dan teknologi maklumat terkini.
|