SEKALUNG BUDI

 

 

          Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Saya ingin merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih kerana sudi melayari Laman Web Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) , Melaka. Laman ini dibina dengan objektif memberikan maklumat komprehensif dan terkini mengenai profil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Melaka dan perkhidmatan yang disediakan supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh pengguna secara langsung.

 

Dalam era globalisasi ini, pentadbiran tanah tidak mampu terkecuali atau terbelakang daripada proses perubahan kearah pentadbiran elektronik. Justeru itu Melaka telah mengorak langkah bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) kearah merealisasikan perlaksanaan sistem e-Tanah . Sistem ini kelak akan  membolehkan semua urusan tanah dilaksanakan secara berkomputer dengan efisyen dan cekap. Selain itu PTG juga telah menyelaras perlaksanaan pembayaran cukai tanah melalui kaunter BSN, POS, SAMB, PBT dan secara online melalui Maybank2u .com

 

Selain itu pentadbiran in juga terlibat dengan perlaksanaan sistem permohonan pindah milik dan gadaian iaitu e-consent, yang bermula pada 1 Julai 2007. Sistem ini dapat mempercepat urusan berkainatan proses pindahmilik dan gadaian serta mampu mengurangkan karenah birokrasi. PTG juga telah melaksanakan garis panduan yang ditetapkan oleh MAMPU bagi mempercepat dan memperkemas sistem penyampaian perkhidmatan seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri.

 

Laman web ini juga memberi peluang kepada  pelanggan untuk membuat cadangan, aduan dan menyampaikan maklumbalas yang dapat membantu memperbaiki perkhidmatan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Melaka. Kami amat mengalu-alukannya.

 

Terima Kasih.

 

Selamat Melayari Laman Web Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Melaka.

“Maklumat Tanah Di Hujung Jari Anda”

 

Pengarah Tanah dan Galian,Negeri Melaka.