SEJARAH

 

Layari >Galeri Geran Hakmilik Lama

Pejabat Tanah dan Galian Melaka ditubuhkan pada tahun 1958. Selepas negara ini mencapai kemerdekaan. Lokasi bangunan tersebut terletak dibangunan Stadhuys di Bandar Hilir Melaka. Pada masa itu Pejabat Tanah dan Galian telah digabungkan dengan Pejabat Kewangan Negeri dan Pengarahnya ialah Mr. Gadwin.

Pejabat Tanah dan Galian pada masa itu berfungsi sebagai:-  

  1. Menasihatkan Pihak Berkuasa Negeri di dalam segala aspek Pentadbiran Tanah mengikut peruntukan undang-undang. 
  2. Membantu Pihak Berkuasa Negeri dalam hak menentukan dasar-dasar tanah dan Galian Negeri selaras dengan kehendak dasar-dasar kerajaan.
  3. Menentukan pentadbiran tanah diseluruh Negeri Melaka dilaksanakan mengikut kehendak undang-undang dan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan.
  4. Menentukan hasil tanah dan galian Pejabat Tanah dan Galian dipungut dengan sistematik dan cara yang berkesan dan memuaskan yang mana ianya merupakan hasil kepada Kerajaan Negeri.
  5. Struktur dan Organisasi pada masa itu terdiri dari 5 bahagian utama:-

a.       Bahagian Pentadbiran Am

b.      Bahagian Kemajuan Tanah

c.       Bahagian Urusetia, Latihan dan Perancangan

d.      Bahagian Penguatkuasa dan Penyelidikan

e.       Bahagian Pengurusan dan Pendaftaran Hakmilik Geran Tanah.

bstadhuys.jpg (24025 bytes)
Bangunan Stadhuys

Pada tahun 1979 Pejabat Tanah dan Galian telah berpindah daripada bangunan Stadhuys ke Seri Negeri, Pentadbiran Pejabat Tanah dan Galian pada masa itu di bawah Tuan Haji Ahmad Salim bin Hj. Omar. Mulai daripada tahun tersebut Pejabat Kewangan telah berpisah dan menubuhkan unitnya tersendiri.

Diantara Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Melaka dari tahun 1958 hingga sekarang adalah:-

Bil Nama Pengarah Tempoh Perkhidmatan
1 Mr. Gadwin 29.3.1958 – 3.8.1958
2 Mr. J.B. Melford 4.8.1958 – 7.1.1960
3 Encik Abd. Manaf bin Hj. Mohd Nor 8.1.1960 – 21.1.1962
4 Encik Mahyuddin bin Mohd Zain 22.1.1962 – 31.6.1963
5 Encik Akasa bin Ab. Rahman 1.7.1963 – 15.9.1965
6 Encik Abdul Karim bin Ineh 16.9.1965 – 30.7.1968
7 Encik Abdul Karim bin Mohd Mansor 1.8.1968 – 28.2.1970
8 Encik Kamarulzaman bin Abdul Rahman 1.3.1970 – 15.6.1972
9 Tuan Sheikh Mahmud bin Ali 16.6.1972 – 31.8.1973
10 Tuan Syed Abd Bari bin Syed Abdullah Shahabuddin 1.9.1973 – 31.12.1978
11 Abdul Kadir bin Abu Bakar 1.1.1979 – 6.5.1979
12 Tuan Haji. Ahmad Salim bin Hj. Omar 7.5.1979 – 31.12.1982
13

11kushairi.jpg (9824 bytes)

Tuan Hj. Ahmad Kushairi bin Hj. Abdullah

 

1.1.1983 – 31.10.1995
14

11aziz.jpg (9824 bytes)

Y.Bhg. Datuk Wira Hj. Abd. Aziz bin Omar

 

1.3.1996 – 31.10.1997
15

1lugiman.jpg (9734 bytes)

Y.Bhg. Datuk Hj. Lugiman bin Abu Seman

 

1.11.1997 - 15.7.2001
16

1jaafar.jpg (9734 bytes)

  1. En Jaafar bin Abu

 

1.8.2001 - 25.8.2006
17

             Tn Hj Abdullah bin Mohd Taha  

25.8.2006-

3.7.2007 

18

             Tn Hj Abd Kadir Bin Yaakup

9.7.2007

-sekarang