::Unit Strata ::


AKTIVITI PUSAT PEMEROSESAN SETEMPAT HAKMILIK STRATA


 

1. PENGENALAN

1.1

Pusat Pemerosesan Setempat Hakmilik Strata ditubuhkan pada 1 Jun 1999 dan dipertanggungjawabkan di bawah Unit Hasil. Pusat ini bertindak seperti berikut :-

a)

Menerima dan memproses permohonan hakmilik strata.

b)

Mengadakan perkhidmatan runding cara Perbadanan Pengurusan (MC) dan permasalahan mengenai hakmilik strata.

c)

Menguatkuasakan undang-undang terhadap pemaju/ tuan tanah yang tidak memohon.
2. OBJEKTIF PENUBUHAN

2.1

Objektif penubuhan Pusat Pemerosesan Setempat Hakmilik Strata adalah seperti berikut :-

a)

Untuk mengatasi masalah kelewatan dalam pemerosesan dan pengeluaran hakmilik strata, selewat-lewatnya 12 bulan seperti yang diperuntukkan di dalam Majlis Tanah Negara dan Mesyuarat Pengarah-pengarah Tanah dan Galian pada tahun 1996.

b)

Dapat meningkatkan hasil negeri di mana jumlah hasil tertunggak dan tidak dapat dikutip akibat daripada kelewatan pemerosesan hakmilik strata, dianggarkan sebanyak RM 166,000.00 tidak termasuk permit ruang udara berkaitan hakmilik strata dan cukai tanah.

c)

Dengan tertubuhnya Pusat Pemerosesan Setempat Hakmilik Strata, imej Kerajaan Negeri dapat dipertingkatkan kerana tempoh pemerosesan dan pengeluaran hakmilik strata dikurangkan kepada 9 bulan hingga 12 bulan.

d)

Mengurangkan keresahan dan ketidakselesaan di kalangan pembeli-pembeli agar tidak perlu menunggu terlalu lama bagi pengeluaran hakmilik strata.

e)

Melayani aduan-aduan berkenaan permasalahan hakmilik strata di Negeri Melaka di samping mengadakan khidmat rundingcara kepada pembeli petak dan pemaju perumahan.


 
 

          TOP

3. CARTA ALIRAN

Nota : PTG mempunyai kuasa menolak sekiranya syarat-syarat yang dinyatakan dalam Seksyen 9   tidak dipenuhi walaupun pelan strata telah pun dipersetujui oleh JUP.
 


 
 

5. BILA BOLEH MEMOHON

Permohonan boleh dibuat oleh pemaju atau tuan punya tanah. Tuan punya tanah iaitu seorang pemilik berdaftar termasuklah wakil atatu wasi, pemegang amanah atau pemegang amanah raya, boleh membuat permohonan untuk mendapatkan hakmilik strata.

Seksyen 8(12) Akta Hakmilik Strata 1985 menyatakan bahawa permohonan hendaklah dikemukakan tidak lewat dari 6 bulan dari tarikh 

 

Soalan-soalan Lazim:

APA ITU HAKMILIK STRATA?

 

Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit/ petak bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat yang unit-unitnya telah dijual. Unit-unit ini adalah dikenali sebagai petak-petak.

 

Contohnya:-

Rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, Townhouse, dan rumah kedai.

Hakmilik strata yang dikeluarkan meliputi:

·        Petak aksesori (jika ada); dan

·        Pembahagian unit syer sebagai penentuan hak.

 

MENGAPA PERLU HAKMILIK STRATA?

 

Untuk menjaga kepentingan pembeli sebagai bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga.

 

Contohnya:-

Pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pesaka.

 

Mengapa Hakmilik Strata penting bagi bangunan bertingkat?

 

Tahukah anda Hakmilik Strata adalah sama pentingnya dengan Hakmilik Tanah. Hakmilik Strata adalah satu-satunya geran/ dokumen/ bukti pemilikan petak anda!

 

Anda akan menghadapi masalah dalam urusan pindahmilik, gadaian, cagaran, pembahagian pesaka dan sebagainya sekiranya anda tidak mempunyai Hakmilik Strata.

 

APAKAH ITU HARTA BERSAMA?

 

Harta Bersama adalah merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak.

 

Contohnya, tempat letak kereta pelawat, lif, tangga, tangki, paip utama, pondok pegawai keselamatan.

 

Siapa yang patut memohon Hakmilik Strata dan bila?

 

Pemaju/ pemilik asal perlu memohon untuk hakmilik strata tidak lewat daripada 6 bulan selepas Sijil Layak Menduduki dikeluarkan.

 

Bila Pentadbir Tanah meluluskan permohonan pemaju/ pemilik asal untuk hakmilik strata, beliau akan membuka satu daftar strata yang mengandungi semua batir-butir setiap hakmilik. Hakmilik akan mula-mula dikeluarkan kepada pemilik tanah atas mana bangunan terletak. Pemilik akan kemudian memindahkan hakmilik individu kepada setiap pembeli unit strata setelah:

 

  • Memorandum of Transfer dilengkapkan oleh pemaju/pemilik asal dan ditandatangani oleh pembeli.

 

  • Duti Setem dijelaskan oleh pembeli.

 

Perlukah saya membuat bayaran untuk memperolehi hakmilik strata?

 

Ya. Anda perlu membuat bayaran kepada pejabat tanah dan juga menbayar bayaran perkhidmatan peguam, kecuali jika pemaju membuat bayaran tersebut sebagai khidmat kepada pembeli. Selain itu, semua kos dan bayaran bagi memperolehi hakmilik strata perlu dibiayai oleh pemaju.

 

Apa yang berlaku bila hakmilik strata dikeluarkan?

 

Sebaik sahaja hakmilik strata didaftarkan dalam nama anda, anda hádala pemilik sah unit anda dan sebarang petak aksesori. Perbadanan pengurusan juga ditubuhkan pada masa daftar strata dibuka.

 

 

Petak aksesori adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif petak hakmilk strata.

 

Contohnya, tempat letak kereta yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak.

 

APA HAK PEMILIK SEBAGAI PEMILIK PETAK?

 

Hak-hak pemilik petak termasuk:-

 

  • Mempunyai kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik membuat urusniaga seperti pindahmilik, memajak, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak yang dimiliknya.
  • Hak mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan di mesyuarat agung luar biasa. Dengan syarat telah membayar tabung pengurusan yang dikutip oleh perbadanan pengurusan.
  • Hak ke atas harta bersama mengikut unit syer yang diperuntukkan.
  • Hak kepada sokongan, perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, sistem perparitan, bekalan elektrik, pungutan sampah dan perkhidmatan lain
  • Hak untuk meneliti rekod dan akaun perbadanan pengurusan.

 

 

APAKAH TANGGUNGJAWAB UTAMA PEMILIK?

 

·        Membayar tabung pengurusan.

 

·        Mematuhi undang-undang kecil yang sedang berkuatkuasa.

 

 

·        Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat agung luar biasa.

 

·        Mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa awam/ tempatan berhubungan dengan petak yang dimilikinya.

 

Apakah antara langkah yang boleh diambil ke atas anda sekiranya anda enggan membayar tabung pengurusan?

 

·        Tahukah anda, sekiranya anda enggan membayar tabung pengurusan, petak anda boleh disita dan dibuat penahanan harta alih.

 

·        Jika anda seorang penyewa, anda mungkin boleh menolak bayaran yang terhutang kepada sewa yang harus dibayar kepada pemilik.

   Anda boleh disaman di mahkamah.

 

Larangan terhadap pemilik petak

 

Seseorang pemilik tidak boleh:-

 

  • Menggunakan petak untuk maksud yang menyalahi undang-undang yang boleh merosakan nama baik bangunan itu.
  • Menggunakan bahan api yang mendatangkan asap atau bau yang busuk
  • Membuang sampah atau menjatuhkan apa-apa kotoran atau sampah
  • Memelihara apa-apa binatang dalam petaknya yang menyebabkan kegusaran/ kemarahan pemilik petak lain

 

(Jadual Ketiga, Akta Hakmilik Strata, 1985)

 

Apa itu tabung pengurusan (management fund)?

 

Tabung pengurusan ini diuruskan oleh perbadanan pengurusan dan semua bayaran dibuat kepadanya. Sebelum perbadanan wujud, semua bayaran masih dibuat kepada pihak pemaju yang memegang semua wang ini sebagai amanah bagi perbadanan pengurusan.

 

 

Perlukah saya membayar cukai pintu juga?

 

Ya. Tabung pengurusan tidak termasuk cukai pintu (assessment).

 

Cukai pintu adalah cukai taksiran yang dikenakan terus kepada pemilik-pemilik petak oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Contohnya DBKL di Kuala Lumpur, MPPJ dan MPAJ di Selangor serta MPSP dan MPPP di Pulau Pinang.

 

Cukai pintu adalah untuk kemudahan yang dibekalkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti menjaga kebersihan, mengutip sampah, memelihara jalanraya dan sebagainya. Cukai taksiran ini berasakan nilai tahunan sesuatu hartanah.

 

 

Pegawai Untuk Dihubungi:

 

Penolong Pengarah Strata (En. Norhisham Bin Rahmat)

 

Tel      :           06-232 6230

                        019-721 9398

Tanggungjawab

 

  • Memproses permohonan baru hakmilik strata dan permit ruang udara yang berkaitan dengan permohonan strata.
  • Menjadi urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Express Hakmilik Strata setiap bulan.
  • Menyelesaikan aduan berkaitan hakmilik strata

 

          TOP