+A A A-    
 
 

OBJEKTIF

  • Memastikan semua permohonan pembangunan tanah disemak dan diteliti dengan cermat serta terperinci supaya keputusan-keputusan yang dibuat adalah berlandaskan peruntukan undang-undang dan selaras dengan dasar-dasar Kerajaan Negeri.
  • Merancang dan menggunapakai dasar berkaitan pembangunan tanah yang lebih efektif dan dinamik bersesuaian dengan matlamat Kerajaan Negeri.

FUNSI-FUNGSI UNIT PEMBANGUNAN TANAH

URUSETIA MESYUARAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (MMKN)

Memastikan semua permohonan dan urusan pembangunan tanah dikendalikan dengan cepat, cekap dan mengikut norma masa yang ditetapkan.
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di peringkat Exco Kerajaan Negeri membuat keputusan mengenai permohonan dan urusan tanah seperti berikut:

  • Permohonan Tanah Kerajaan untuk tujuan pertanian, bangunan kediaman dan perusahaan.
  • Permohonan Tanah Kerajaan secara Lesen Pendudukan Sementara.
  • Permohonan pengurangan bayaran premium tanah.
  • Permohonan merizabkan tanah kerajaan.
  • Permohonan daripada warganegara asing untuk memiliki hartanah atau menerima pindahmilik hartanah di Negeri Melaka.
  • Permohonan untuk membatalkan sekatan kepentingan.
  • Permohonan Pengambilan Tanah
  • Berbagai rayuan berkaitan urusan tanah.

URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA PECAH SEMPADAN DAN BELAH BAHAGI TANAH (JKBB)

Memastikan semua permohonan dan urusan pembangunan tanah dikendalikan dengan cepat, cekap dan mengikut norma masa yang ditetapkan.
Urusetia ini bertujuan untuk membincangkan permohonan dan membuat keputusan dasar berhubung dengan pembangunan tanah. Urusan-urusan tanah yang terlibat ialah:

  • Permohonan Pecah Bahagian Tanah
  • Permohonan Pecah Sempadan Tanah
  • Permohonan Penyatuan Tanah
  • Permohonan Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula Tanah (SBMS)
  • Permohonan Tukar Syarat Nyata Tanah
  • Permohonan Rayuan untuk pelepasan kuota Bumiputera
  • Lain-Lain rayuan berkaitan keputusan yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat JKBB

URUSETIA PERMOHONAN KEBENARAN PINDAHMILIK, MENCAGAR DAN MEMAJAK TANAH

Memastikan semua permohonan dan urusan pembangunan tanah dikendalikan dengan cepat, cekap dan mengikut norma masa yang ditetapkan.
Urusan-urusan yang terlibat dengan urusetia ini ialah:

  • Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Mencagar dan Memajak untuk mendapatkan kelulusan Y.A.B. Ketua Menteri melibatkan permoho nan:
    • Syarikat kepada Syarikat
    • Syarikat kepada Individu
    • Individu kepada Syarikat
    • Melayu kepada Bukan Melayu
  • Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Mencagar dan Memajak untuk mendapatkan kelulusan Pengarah Tanah dan Galian melibatkan permohonan:
    • Orang Melayu kepada Orang Melayu
    • Bukan Melayu kepada Orang Melayu
    • Bukan Melayu kepada Bukan Melayu
  • Permohonan Tukar Syarat Sama Kategori (Pertanian)

LAIN-LAIN FUNGSI YANG BERKAITAN DENGAN URUSAN PEMBANGUNAN TANAH

  1. URUSETIA JAWATANKUASA LEMBAGA TANAH LADANG
  2. PERMOHONAN TUKAR SYARAT LAIN KATEGORI (BANGUNAN)
  3. PERMOHONAN BATAL SEKATAN KEPENTINGAN
  4. PERMOHONAN PENYERAHAN BALIK DAN PEMBERIMILIKAN SEMULA TANAH (SBMS)-RENCANA UNTUK PERTIMBANGAN Y.A.B KETUA MENTERI

 

CARTA ORGANISASI UNIT PEMBANGUNAN TANAH

SENARAI PEGAWAI UNIT PEMBANGUNAN TANAH

BIL
NAMA
JAWATAN
GRED
1
Khalijah Bte Ahmad
Peg.Tadbir & Diplomatik
M54
2
Shanti Akmardhini Binti Shaharani
Peg.Tadbir & Diplomatik
M44
3
Jalilah Binti Abd Jalil
Peg.Tadbir & Diplomatik
M41
4
Laila binti Husin
Pen Pegawai Tadbir (K)
N32
5
Faezah Binti Samsudin
Pembantu Tadbir Kanan
N22
6
Rokiah Binti Jaamat
Pembantu Tadbir Kanan
N22
7
Norsiah Bte Daud
Pembantu Tadbir (P/O)
N17
8
Mohd Farid Bin Hairan
Pembantu Tadbir (P/O)
N17
9
Roshidi Bin Muhamad Jamil Neo
Pembantu Tadbir (P/O)
N17
10
Hirda Izyanti Bte Hj Ikhlas
Pembantu Tadbir (P/O)
N17
11
Rosdiana Bte Lias
Pembantu Tadbir (P/O)
N17
12
Najwa Bte Mohni
Pembantu Tadbir (P/O)
N17
13
Suzana bte Mohamad
Pembantu Tadbir (P/O)
N17
14
Marlinda Bte Mohamad
Pembantu Tadbir (P/O)
N17
15
Nur Diyana Bte Abu Hasan
Pembantu Tadbir (P/O)
N17
16
Noraini Bte Aman
Pembantu Tadbir (P/O)
N17
17
Juliana Bte Ahmad Yusof
Pembantu Tadbir (R)
N17
18
Siti Zaleha Bte Ishak
Pembantu Tadbir (P/O)
N17
19
Roshanley Bin Md. Sharif
Penghantar Notis
N3
20
Mohd Shukri Bin Mat Desa
Pembantu Am Pejabat
N1
21
Abdul Fatah Bin Abdul Kadir
Pembantu Tadbir (P/O)
N17

 

 

 
Pelawat Ke:
96198
Pelawat ke Halaman ini:
3041
     
Tarikh Akhir Kemaskini: 
16 Apr 2014 :: 04:19 PM