Mempertingkatkan prestasi kutipan hasil tanah melalui pemantauan dengan Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah.
Membuat penyelidikan dan kajian mengenai sistem kutipan hasil tanah.
FUNGSI UNIT HASIL
Memantau kutipan hasil tanah bagi Pejabat Tanah dan Daerah di Negeri Melaka iaitu Pejabat Tanah Melaka Tengah, Pejabat Tanah Alor Gajah, dan Pejabat Tanah Jasin.
Menguruskan kutipan hasil daripada agensi pemungut POS Malaysia Berhad, BSN, dan kutipan online FPX.
Menyediakan laporan mingguan dan bulanan bagi kutipan hasil tanah daripada seluruh Pejabat Tanah Negeri Melaka.
Mengumpul maklumat berkaitan dengan hasil supaya dapat digunakan bagi tujuan perancangan.
Menyediakan, menyemak dan menganalisis data untuk kajian kes dan kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan kutipan hasil negeri.