+A A A-    
 
 

ARAHAN PEGARAH TANAH DAN GALIAN
MELAKA.

Bil. 4/1980.

Pengiraan Hasil Tahunan Untuk
Surat Milik Pecahan.

Arahan mi dikeluarkan untuk menarik perhatian Pemungut-pemungut Hasil Tanah berkenaan dengan pengiraan hasil tahunan Surat Milik Pecahan. Adalah diperhatikan bahawa pengiraan hasil tahunan untuk Surat Milik Pecahan dijalankan tidak nengikut Kehendak Seksyen 171(3) Kanun Tanah Negara. Pengiraan yang dibuat adalah berpandukan kepada Peraturan Tanah Melaka. Cara-cara yang dijalankan sekarang ini adalah menyalahi kehendak Seksyen tersebut.

2. Seksyen 171(3) menentukan formula yang perlu digunakan bagi mengira hasil tanah untuk Surat Milik Pecahan iaitu:--

Hasil = a/b x c dimana
a = Keluasan Lot Pecahan.
b = Keluasan Lot Asal.
c = Hasil Tanah Lot Asal

Formula ini menentukan iaitu jumlah hasil semua lot pecahan tidak akan melabihi jumlah hasil asal. Formula seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 171(3) di atas hendaklah diikuti dalam mengira hasil lot pecahan dan bukannya Jumlah hasil minima seperti yang terdapat di dalam Peraturan Tanah Melaka. Sekiranya diperhatikan dalam mengira hasil untuk lot pecahan tersebut mengikut Seksyen 171(3) rujukan dibuat pada Seksyen 96(1) apabila didapati kadar hasil lot asal tidak ditentukan mengikut kadar seekar.

3. Pemungut-Pemungut Hasil Tanah dengan ini adalah diarahkan supaya mengarahkan Pegawai-pegawai. yang menyediakan hasil-hasil untuk hakmilik pecahan memahami tentang pengiraan hasil dibawah peruntukan Seksyen tersebut. Adalah dikahendaki Pemungut-pemungut Hasil Tanah menyemak terlebih dahulu hasil-hasil yang akan dikenakan bagi lot-lot pecahan itu dan senarai hasil-hasil yang akan dikenakan ini mengikut lot-lot berkenaan hendaklah dikemukakan kepada tuan-tuan tanah sebelum Hakmilik-hakmilik Sementara bagi lot-lot pecahan tersebut didaftarkan.

4. Pemungut-Pemungut Hasil Tanah dengan keluarnya arahan ini adalah dikehendaki menyemak mana-mana Hakmilik pecahan yang telah didaftarkan dan sekiranya didapati hasil-hasil yang dikenakan itu adalah berbeza daripada Kehendak Seksyen 171(3) pembetulan ke atas Daftar-daftar Hakmilik hendaklah dibuat secara resmi.



(AHMAD SALIM BIN HJ. OMAR),
Pengarah Tanah dan Galian,
Melaka.


PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN
MELAKA.

 
Pelawat Ke:
96198
Pelawat ke Halaman ini:
1082
     
Tarikh Akhir Kemaskini: 
14 Jul 2014 :: 04:03 PM