+A A A-    
 
 

PTG(M)A/A6/01/1/(36)


ARAHAN PENGARAH TANAH DAN GALIAN, MELAKA

BIL. 23/1980

Pengeluaran dan Pendaftaran Replacement Title bagi

Interim Register di bawah Mukim Title

 

Arahan ini dikeluarkan untuk menarik perhatian pemungut-pemungut Hasil Tanah berhubung dengan tatacar-tatacara yang perlu diikuti dalam pengeluaran Replacement Title bagi Interim Register yang terletak di bawah Mukim Title.

2. Setelah tindakan-tindakan untuk mengisytiharkan sesuatu Hakmilik itu tidak boleh disangkal di bawah Bahagian VII Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka), 1963 selesai dijalankan, Pendaftar Hakmilik Tanah Melaka akan membuat permintaan Hakmilik kepada Pengarah Ukur Negeri. (Arahan PTG(M)22/80 adalah berkaitan). Apabila Pendaftar Hakmilik Tanah Melaka menerima Hakmilik beserta dengan pelan tanah berkenaan daripada Pengarah Ukur Negeri, engrossment pada Issue Document of Title (IDT) akan dijalankan selaras dengan kehendak-kehendak seksyen 39 dan 43 Akta tersebut. Pendaftar akan menghantar IDT yang tersebut kepada Pemungut Hasil Tanah yang berkenaan beserta dengan surat di Lampiran 'A'. Pemungut Hasil Tanah pula apabila menerima surat di Lampiran 'A' dan IDT yang berkenaan, hendaklah mengambil tindakan untuk membuka dan mendaftar Register Document of Title (RDT) bagi tanah tersebut berasaskan kepada butiran-butiran yang terdapat dalam IDT berkenaan. Penyempurnaan pendaftaran mengikut Sek. 88 Kanun Tanah Negara 1965 perlulah dijalankan oleh Pemungut Hasil Tanah bagi Hakmilik tersebut.

3. Pemungut Hasil Tanah hendaklah mengembalikan satu salinan surat di Lampiran 'A' tersebut kepada Pendaftar Hakmilik Tanah Melaka dengan mengisi dan memenuhkan butiran-butiran seperti yang dikehendaki iaitu nombor Geran/Pajakan bagi Hakmilik tersebut dan tarikh didaftarkan dalam tempoh 3 minggu. Tempoh ini perlu diikuti supaya pengeluaran Hakmilik kepada tuan tanah tidak tergendala.

4. Di peringkat ini IDT bagi Hakmilik yang berkenaan itu belum penuh lagi diserahkan kepada tuan tanah sehingga diterima arahan daripada Pendaftar Hakmilik Tanah Melaka. Pesuruhjaya Tanah Melaka apabila menerima semula salinan surat di Lampiran 'A' tersebut daripada Pemungut Hasil Tanah akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 93(5) Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963 iaitu membatalkan Advance Certificate of Title dan membuat catitan-catitan yang diperlukan dalam folio bagi Interim Register yang berkenaan. Selepas itu Pendaftar Hakmilik Tanah Melaka akan menghantar surat arahan supaya IDT diserahkan kepada tuan tanah yang berkenaan seperti di Lampiran 'B'.

5. Dengan keluarnya arahan ini diharapkan pengeluaran dan pendaftaran Replacement Title bagi Interim Register di bawah Mukim Title dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Pemungut-pemungut Hasil Tanah diingatkan sekali lagi iaitu salinan surat di Lampiran 'A' yang telah dipenuhkan hendaklah dihantarkan dalam tempoh 3 minggu yang ditetapkan itu. Ini disebabkan di peringkat ini sebelum IDT diserahkan kepada tuan tanah, beliau tidak mempunyai apa-apa dokumen untuk pegangan mengenai tanahnya kerana Advance Certificate of Title yang ada padanya telah diserahkan kepada Pendaftar untuk dibatalkan.

 

(AHMAD SALIM BIN HJ. OMAR),
Pengarah Tanah dan Galian,
Melaka.

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN
MELAKA.

BERTARIKH: 16HB. DISEMBER, 1980.

Kepada:

P.H.T. Melaka Tengah;

P.H.T. Alor Gajah;

P.H.T. Jasin.

Salinan Kepada:

Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri, Melaka;

Y.B. Pegawai Kewangan Negeri, Melaka;

Setiausaha Sulit Kepada YAB. Ketua Menteri, Melaka;

Ketua Cawangan Odit, Melaka;

Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Persekutuan.


LAMPIRAN 'A'
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN,
PETI SURAT 95,
MELAKA.

_____________________________ 19 ______
Pemungut Hasil Tanah,

____________________

Melaka.

Tuan,

Pendaftaran Replacement Title bagi Interim
Register yang terletak di bawah Mukim Title

Merujuk kepada perkara yang tersebut di atas, bersama-sama ini disertakan satu salinan Issue Document of Title bagi
Geran/Pajakan Mukim lot _______ Mukim_________________________ daerah ____________________________________ yang telah disikan dengan butiran-butiran berikut:-

i. Nama tuan punya tanah;

ii. Butir-butir pajakan, gadaian dan lain-lain kepentingan; dan

iii. Semua syarat-syarat yang dimaksudkan oleh Sek. 45 Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka), 1963.

2. Sukacita dapat tuan mengambil tindakan-tindakan yang berikut:-

i. Membuka dan mendaftar Register Document of Title bagi Hakmilik tersebut berasaskan kepada butiran-butiran yang terdapat dalam IDT. Yang disertakan ini.

ii. Menyempurnakan pendaftaran mengikut Seksyen 88 Kanun Tanah Negara, 1965.

3. Selepas tindakan tersebut diambil, sukacita dapat pihak tuan mengembalikan satu salinan surat dalam tempoh 3 minggu dari tarikh surat ini dengan memenuhkan butiran-butiran berikut:-

i.Nombor Hakmilik bagi tiap-tiap lot; dan

ii.Tarikh pendaftaran Hakmilik untuk saya membatalkan Advance Certificate of Title.

4. Sukacita diingatkan iaitu tuan tidak boleh menyerahkan Issue Document of Title ini kepada tuan tanah yang berkenaan sehingga saya mengarahkannya menurut kehendak Seksyen 93(5) Kanun Tanah Negara (Hakmilik Melaka dan Pulau Pinang), 1963.

 

 

Saya yang menurut perintah,

Pendaftar Hakmilik Tanah,
Melaka.

 


Bil. Kami:


Pendaftar Hakmilik Tanah,

Melaka.

Tanah Pegangan ________________________________________ Mukim ______________________________________ Daerah_______________________________________________ telah didaftarkan oleh saya sebagai Geran/Pajakan Mukim No _______________________ pada _________________________


Tarikh:____________________ Pemungut Hasil Tanah,
_______________________
Melaka.
Catitan:

Surat ini dihantar dalam 2 salinan.

Sila kembalikan salinan pendua surat ini setelah dipenuhkan butir-butir yang dikehendaki.


LAMPIRAN 'B'
Bil. Kami: PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN,
Bil. Tuan: PETI SURAT 95, MELAKA.

____________________________ 19 _______

Pemungut Hasil Tanah,
______________________
Melaka.

Tuan,

Arahan menyerahkan Issue Document of Title

Kepada tuan tanah bagi Replacement Title

Di bawah Interim Register

Merujuk kepada Issue Document of Title bagi Geran/Pajakan Mukim No.______________________________bagi lot

__________________________________ Mukim __________________________ adalah dimaklumkan iaitu

Advance Certificate of Title dan Interim Register bagi lot yang berkenaan telah pun dibatalkan sebagaimana kehendak Sek.

93(5) Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka), 1963.

2. Oleh itu selaras dengan kehendak Sek. 93(6) Akta tersebut, sila tuan serahkan Issue Document of Title tersebut kepada pemilik tanah yang berkenaan seperti berikut:-

Nama: ____________________________

Alamat: ___________________________

_________________________________

_________________________________

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,



Pendaftar Hakmilik Tanah,
Melaka.

 
Pelawat Ke:
96198
Pelawat ke Halaman ini:
1502
     
Tarikh Akhir Kemaskini: 
08 Apr 2014 :: 03:36 PM