+A A A-    
 
 
PTG(M)A/A6/01/1

ARAHAN PENGARAH TANAH DAN GALIAN

BIL. 18/1980.

Kadar Pengiraan Perimiam Tambahan bagi Permohonan

Pengenaan Penjenisan Bangunan atau Syarat Nyata

Untuk Tujuan Bangunan bagi Tanah-tanah Bandar atau

Pekan termasuk di bawah ta'arif Seksyen 53(3) Kanun

Tanah Negara dan Kadar Surnbangan Saliran.

Arahan ini dikeluarkan untuk menarik perhatian Pemungut-Pemungut Hasil Tanah berkenaan dengan Kadar Pengiraan Perirniam Tambahan untuk maksud yang dinyatakan di atas dan juga kadar sumbangan saliran yang dikenakan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 2hb. April, 1980 apabila meninbangkan Kertas MMKN. 15A/6/80 telah bersetuju untuk mengenakan kadar perimiam dan hasil tanah baru menggantikan kadar yang terdahulu. Berikutan dengan keputusan MMKN ini Pengarah Tanah dan Galian, Melaka te1ah mengeluarkan satu Arahan Bil.5/80 dibawah tajuk "Kadar Perimiam dan Hasil Baru". Arahan ini sudah pun berkuatkuasa. Pada masa ini P.H.T. hendaklah menggunakan kadar-kadar yang diterangkan mengikut Arahan 5/80 bagi permohonan-permohonan pemberian milik tanah dan juga permohonan-permohonan tukar syarat di bawah Seksyen 124 Kanun Tanah Negara.

2. Perhatian P.H.T. adalah ditarik khusus kepada Kadar Perimiam yang dikenakan untuk permohonan pengenaan penjenisan Bangunan atau Syarat-syarat nyata untuk tujuan Bangunan untuk tanah-tanah Bandar atau Pekan yang termasuk di bawah tatarif Seksyen 53(3) K.T.N. seperti yang terdapat di perengan 2.1(iv) kepada Arahan 5/80. Mengikut Formula tersebut kadar yang dikira ialah 20% daripada harga pasaran tanah tersebut. Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 1.10.80 apabila menimbangkan Kertas 2A/17/80 dan Kertas 10A/14/80 telah bersetuju supaya pindaan dibuat terhadap kadar untuk maksud di atas. Kadar baru atau pun fomula baru yang telah diluluskan oleh M.M.K ialah (20% x M.V.) -P.H. dimana M.V. ialah Market Value dan P.H. ialah perbezaan Hasil yang dibayar oleh tuan-tuan tanah rnengikut kadar $10.00 bagi tiap-tiap 1,000 kaki persegi dengan kadar baru yang ditetapkan iaitu $3.00 bagi tiap-tiap satu kaki persegi. Satu contoh pengiraan untuk maksud ini adalah dilampirkan seperti Lampiran 'A'.

3. Kadar baru mi diluluskan oleh MMKN oleh kerana tuan-tuan tanah yang rnemiliki tanah-tanah Pekan atau Bandar yang terjatuh di bawah ta'arif Seksyen 53(3) K.T.N. telah dikenakan Hasil Bangunan semenjak tahun 1970 semasa revision yang pertama diadakan, iaitu sebanyak tiap-tiap 1,000 k.p. sedangkan tanah ini belum lagi dapat dianggap boleh digunakan untuk tujuan Bangunan. Oleh sebab inilah semasa mengira Primiam Tambahan untuk Permohonan Pengenaan Penjenisan Hasil Tanah yang berlebihan itu ($10.00 tiap-tiap 1,000 k.p. ditolak dengan kadar $3.00 tiap-tiap 1,000 k.p.) yang telah dipungut semenjak tahun 1970 ditolak daripada 20% harga pasaran tanah yang berkenaan.

4. Pemungut Hasil Tanah juga adalah dimaklumkan bahawa Majlis juga telah bersetuju meluluskan pengecualian perlaksanaan kadar tersebut terhadap tanah-tanah yang termasuk di bawah jenis ini (ta'arif Seksyan 53(3)) di mana permohonan pecah sempadan telah diluluskan sebelum 25.10.1979 dan hakmilik belum lagi dikeluarkan; bayaran nominal sahaja sebanyak 1% harga pasaran dikenakan.

5. Berhubung dengan kadar sumbangan saliran nengikut Arahan P.T.G.(M) 5/80 sumbangan saliran yang dikenakan di bawah perenggan 2(3) terbahagi kepada dua, iaitu:

 

Tanah-tanah yang kurang daripada 3 ekar dikenakan sebanyak $1,000/- seekar manakala tanah-tanah yang lebih daripada 3 ekar dikenakan di atas kadar $3,000/- seekar.

Apabila keputusan ini dilaksanakan didapati banyak kerumitan timbul oleh kerana perbezaan kadar ini. Majlis telah juga bersetuju meminda kadar yang telah ditetapkan itu dan kadar baru yang diluluskan oleh MMKN pada 1hb. Oktober, 1980 ialah sumbangan saliran dikenakan di atas kadar $3,000/- dikira bagi tiap-tiap 1/4 ekar.

6. Dengan keluarnya Arahan ini P.H.T. hendaklah membatal perkara 2.1.(iv) dan perkara 2.3 yang terdapat dalam Arahan P.T.G.(M) 5/80 dan kedua perkara yang dimaksudkan itu digantikan dengan kadar yang diterangkan dalam Arahan ini, seperti berikut:

 

2.1(a) Pengenaan Penjenisan Bangunan atau syarat-syarat Nyata untuk tujuan bangunan untuk
tanah-tanah Bandar atau Pekan yang ternasuk di bawah ta'arif Seksyen 53(3) K.T.N.

 

(20% MV)-PH

dimana MV-Market Value P.H. ianlah Perbezaan Hasil yang dibayar oleh tuan-tuan
tanah mengikut kadar $10.00 bagi tiap-tiap 1,000 k.p. dengan kadar baru yang
ditetapkan iaitu $3.00 tiap-tiap 1,000 k.p.

(b) Tanah-tanah yang termasuk dibawah jenis ini dimana permohonan pecah sempadan telah
diluluskan sebelum 25.10.79 dan hakmilik belum dikeluarkan. Bayaran neminal sahaja sebanyak 1%
(satu peratus) harga pasaran dikenakan.

2.3 Sumbangan Saliran

Sumbangan Saliran dikenakan diiatas kadar $3,000 seekar dikira bagi tiap-tiap1/4 ekar.

Arahan ini mulai kuatkuasa pada lhb. Oktober, 1980.

Sekian dimaklumkan.

(AHMAD SALIM BIN HJ. OMAR),
Pengarah Tanah dan Galian,
Melaka.
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN
MELAKA.

Tarikh: 4hb.November, 1980.

Kepada:

Pemungut Hasil Tanah, Melaka Tengah.

Pemungut Hasil Tanah, Alor Gajah.

Pemungut Hasil Tanah, Jasin.

s.k.

1. YB. Setiausaha Kerajaan, Melaka.

2. YB. Pegawai Kewangan, Melaka.

3. Setiausaha Sulit kepada YAB. Ketua Menteri, Melaka.

4. Ketua Odit Negeri, Cawangan Melaka.

5.Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Persekutuan.

6.Fail PTG(M)1252 Jld. II.


LAMPIRAN 'A'
CONTOH PENGIRAAN


Sebagai contoh, lot 154., Kawasan Bandar 29, Melaka Tengah seluas 18,376 kaki persegi. Hasil yang dibayar sekarang mengikut kadar $10.00 bagi tiap-tiap 1,000 kaki persegi atau sebahagian daripadanya sejak tahun 1970 ialah $1,900.00.

Mengikut kadar yang diperakukan iaitu $3.00 tiap-tiap 1,000 kaki persegi atau sebahagian daripadanya yang sepatutnya dikenakan sejak tahun 1970 ialah $570.00. Oleh itu P.H. ialah $l,900.00 ditolak dengan $570.00 iaitu $l,330.00.

Mengikut kadar yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dahulu, pemohon dikehendaki membayar sebanyak 20% daripada Nilai Pasaran. Bagi tanah ini, nilai pasarannya ialah $268,289.00. Oleh itu 20% daripadanya Nilai Pasaran ini ialah $53,657.00.

Jadi mengikut Formula yang diperuntukan ini iaitu:-

(20% MV) - PH

= ( 20/100 x $268,289.00) - $1,330.00

= $53,657.00 - $1,330.00

= $52, 327.00

PH-Perbezaan Hasil

KV- Market Value.


 
Pelawat Ke:
96198
Pelawat ke Halaman ini:
803
     
Tarikh Akhir Kemaskini: 
14 Jul 2014 :: 04:03 PM