+A A A-    
 
 

ARAHAN PENGARAH TANAH DAN GALIAN, MELAKA

BIL. 10/80

Daftar Permohonan Hakmilik Sementara.



Arahan ini dikeluarkan untuk menarik perhatian Pemungut-Pemungut Hasil Tanah ke atas format daftar permohonan hakmilik sementara seperti yang telah dibincangkan dan dipersetujui dalam Majlis Foram Pemungut Hasil Tanah pada 28hb. Jun, 1980 di Bilik Pengarah Tanah dan Galian, Melaka.

2. Daftar jni mustahak dibuka oleh kerana dengan adanya Buku Daftar tersebut membolehkan Pejabat-Pejabat Tanah
mempunyai rekod permohonan hakmilik sementara yang kemas-kini dan lengkap. Rekod ini boleh memudahkan Pemungut Hasil Tanah membuat penyemakan antuk menentukan semua permohonan-permohonan hakmilik sementara didaftarkan dengan sempurna dan mengikut gilirannya.

3. Bahagian Pendaftaran adalah dipertanggungjawabkan untuk mendaftarkan borang-borang permohonan hakmilik sementara. Sebaik sahaja borang-borang permohonan ini diterima (untuk maksud ini borang permohonan hakmilik sementara hendaklah mengikut borang yang disyorkan oleh KPTG mengikut Pekeliingnya 26/76) oleh Kerani-berani pemberian milik tanah atau Kerani pecah sempadan tanah, Pemungut Hasil Tanah hendaklah memastikan semua bayaran-bayaran yang perlu dijelaskan mengikut kehendak Seksyen 81(1) atau Seksyen 138(4) dijelaskan sebelum orang-orang tersebut dihantar ke Bahagian Pendaftaran. Bahagian Pendaftaran hendaklah memberi nombor siri bagi tiap-tiap satu permohonan mengikut tarikh permohonan itu diterima. Ruang 1 hingga 7 di Lampiran 'A' hendaklah diisi oleh Kerani Pendaftaran sebaik sahaja menerima borang permohonan tersebut.

4. Kerani Pendaftaran hendaklah menentukan sekiranya tanah tersebut belum lagi diperenggankan. Fail berkenaan hendaklah dihantarkan untuk tindakan memperenggan oleh Pegawai Petempatan. Hanya setelah tindakan memperenggan selesai dijalankan dan nombor Pejabat Tanah diberi maka Bahagian Pendaftaran boleh menguruskan tindakan mendaftarkan hakmilik tersebut. Kerja-kerja memperenggan dibuat untuk pendaftaran hakmilik sementara bagi tanah yang diberi milik sahaja. Bagi tanah-tanah yang hendak dikeluarkan hakmilik sementara berikutan dengan kelulusan pecah sempadan atau bahagian dan pencantuman kerja-kerja memperenggan tidak seharusnya dijalankan oleh Pegawai Petempatan. Untuk maksud ini Pemungut Hasil Tanah ditunjukkan kepada Arahan Pengarah Tanah dan Galian Melaka Bil.12/80. Ruang-ruang 8, 9 & 10 hendaklah diisi sebelum Pemungut Hasil Tanah mendaftarkan hakmilik sementara.

5. Bagi tanah-tanah yang akan dipegang di. bawah hakmilik sementara Pendaftaran Negari P.H.T. hendaklah mengisikan ruang 11 dengan mencatitkan tarikh deraf Q.T. tersebut dihantan. Untuk tindakan ini sila rujuk Arahan Pengarah Tanah dan Galian, Melaka Bil.12/80. P.H.T. hendaklah sentiasa menyemak daftar hakmilik sementara untuk memastikan bahawa daftar ini diisi dengan sempurnanya dan dikemaskini dari masa ke semasa.

6. Dengan keluarnya Arahan ini Pemungut-Pemungut Hasil Tanah hendaklah dengan serta-merta membuka daftar permohonan hakmilik seperti di Lampiran 'A'.



(AHMAD SALIM BIN HJ. OMAR),
Pengarah Tanah dan Galian,
Melaka.
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN
MELAKA.

Tarikh: 7hb.Ogos, 1980.

Kepada:

Pemungut Hasil Tanah, Melaka Tengah.

Pemungut Hasil Tanah, Alor Gajah.

Pemungut Hasil Tanah, Jasin.

s.k.

1.YB. Setiausaha Kerajaan, Melaka.

2.YB. Pegawai Kewangan, Melaka.

3.Setiausaha Sulit kepada YAB. Ketua Menteri, Melaka.

4.Ketua Odit Negeri, Cawangan Melaka.

5.Pengarah Ukur, Melaka.

6.Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Persekutuan.


LAMPIRAN 'A'


KADAR PREMIUM DAN CUKAI TAHUNAN BAGI TANAH-TANAH YANG

DIBERI MILIK KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN

(Tanah-tanah Desa)





MELAKA
Untuk Kegunaan yang Memberi Faedah

Secara Langsung Kepada Negeri

Untuk Kegunaan Yang Memberi Faedah

Bersama Negeri dan Persekutuan

Untuk Kegunaan Perdagangan
Misalan: Hospital, Sekolah, Klinik, Dispensari
Misalan: Polis, Pertahanan, Rumah kediaman Pegawai-pegawai Kerajaan
Misalan: Pejabat Pos, Telekom, Penyiaran
PRIMIUM
CUKAI TAHUNAN
PRIMIUM
CUKAI TAHUNAN
PRIMIUM
CUKAI TAHUNAN
Geran: 1/6 harga pasaran

(a) Bangunan

 

RM3 tiap-tiap 1/4 ekar atau sebahagian daripadanya

(b) Lain-lain kegunaan

Menurut ketetapan Kerajaan Negeri

Geran: 1/2 harga pasaran
Mengikut Peraturan Tanah Melaka
Geran: 3/4 harga pasaran
Mengikut Peraturan Tanah Melaka
(Tanah dan Pekan)
Geran: 1/6 harga pasaran (a) Bangunan

(i) Tanah Bandar

RM1 bagi setiap 1,000 k.p. atau sebahagian daripadanya.

(ii) Tanah Pekan

RM1 bagi setiap 2,000 k.p.atau sebahagian daripadanya.

(b) Untuk lain-lain kegunaan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Geran: 1/2 harga pasaran Geran:3/4 harga pasaran


LAMPIRAN 'B'

SYARAT-SYARAT PEMBERIAN MILIK TANAH KERAJAAN KEPADA BADAN BERKANUN

Badan Berkanun
Primium
Cukai
Jenis Hakmilik
Tempoh
Syarat Nyata
Sekatan Hakmilik
Lembaga Air Melaka

IN.15A/19/79.

1/6 daripada harga pasaran Mengikut peraturan Tanah Melaka Pajakan 99 tahun Tanah Desa:

Jenis Kegunaan: Perusahaan/Bangunan

Tanah yang diberi hakmilik ini hendaklah digunakan untuk tujuan Lembaga Air Melaka sahaja

Tanah Bandar dan Pekan:

Jenis Kegunaan: Perusahaan/Bangunan

Tanah yang diberi hakmilik ini hendaklah digunakan untuk tujuan Lembaga Air Melaka sahaja.

Tanah Desa:

Tanah ini tidak dibenarkan dipindah milik kecuali dengan kebenaran Kerajaan Negeri.



Tanah Bandar dan Pekan:

Tanah ini tidak dibenarkan dipindah milik kecuali dengan kebenaran Kerajaan Negeri.

Lembaga Letrik Negara

K.44/12/68.

1/2 harga pasaran Peraturan 12 Peraturan Tanah Negeri Melaka Pajakan 99 tahun Syarat Nyata akan dikenakan mengikut tujuan permohonan. Tanah yang diberimilik ini tidak dibenarkan dipindah milik, dipajak atau disewakan kepada sesiapa pun tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri.
M.A.R.A.

K.19/6/68.

1/2 harga pasaran Mengikut Peraturan Tanah Melaka Pajakan 99 tahun Syarat-syarat tanah akan dikenakan mengikut kegunaan yang dipohon.
-sama-
Yayasan Islam

IR195/7/79.

Untuk Perumahan

1/3 harga pasaran

Untuk Perniagaan

1/2 harga pasaran

Mengikut Peraturan Tanah Melaka Pajakan Negeri 99 tahun Jenis kegunaan bangunan (perumahan).

Tanah yang diberi milik ini hendaklah digunakan untuk tujuan bangunan (Perumahan) sahaja. Pemajak hendaklah memikirkan di atas tanah yang diberi milik ini rumah atau rumah-rumah kediaman dalam tempoh 2 tahun dari tarikh suratan hakmilik didaftarkan. Rumah-rumah ini hendaklah mengikut bentuk-bentuk pelan yang diluluskan ialah P.B.T.

Pemajak hendaklah membayar dan bertanggungjawab ke atas segala cukai, bayaran aset dan sebarang apa bayaran.

-sama-
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka Jika tanah diambil balik oleh PKNM:

Bayaran nominal RM10 setiap lot.

Tanah Kerajaan:

Bangunan Perumahan 1/3 harga pasaran.

Bangunan Perniagaan:

1/2 harga pasaran.

Untuk Perusahaan:

1/2 harga pasaran.

 
Pelawat Ke:
96198
Pelawat ke Halaman ini:
1559
     
Tarikh Akhir Kemaskini: 
17 Apr 2014 :: 02:32 PM