DASAR KERAJAAN

 

Dasar-dasar yang digubal oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Jawatankuasa Pecah Sempadan dan Belah Bahagi Tanah

 Negeri Melaka untuk diguna pakai bagi memperakukan sesuatu permohonan pembangunan tanah adalah sebagaimana berikut:-

5.1 Dasar Pembinaan 30% Rumah Kos Rendah

 

i) Pembangunan melebihi 8 ekar disyaratkan membina 30% rumah kos rendah berharga RM 30,000.00 satu unit berdasarkan spesifikasi yang diterimapakai oleh PBN daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.  

ii) Pembinaan bangunan perniagaan, bangunan bertingkat dan lot-lot banglo yang berkeluasan tanah melebihi 8 ekar dikecualikan membina rumah kos rendah tetapi perlu memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri mengikut kadar yang ditetapkan berdasarkan 30% rumah kos rendah yang perlu dibina.

iii) Pembangunan yang dikecualikan daripada membina rumah kos rendah:-

a) 100% rumah kos rendah
b) Pembangunan yang melibatkan campuran rumah kos rendah dan kos sederhana rendah.
c) Projek pelancungan dan perindustrian.


5.2 Dasar Pelepasan Lot Kuota Orang Melayu

i) Bangunan hendaklah sekurang-kurangnya 65% siap dengan disahkan oleh Arkitek Berdaftar.

ii) Iklan Penjualan sekurang-kurangnya enam kali dalam akhbar tempatan dan empat belas kali melalui Radia Malaysia.

iii) Mendaftar dengan Pertam Properties.

iv) Harga jualan hendaklah disahkan oleh Pertam Properties.

v) Pemaju yang telah mendapat pelepasan kuota Orang Melayu hanya boleh membuat rayuan semula bagi baki kuota yang masih ada selepas tempoh tiga bulan dari tarikh kelulusan dibuat oleh Jawatankuasa Pecah Sempadan dan Belah Bahagi Tanah dengan syarat lot-lot tersebut telah dijual dan lot-lot kuota Bukan Melayu telah juga habis dijual. Pemaju juga perlu menyelesaikan semua bayaran sumbangan berikutan daripada pelepasan yang diluluskan sebelum membuat rayuan berikutnya.

vi) 30% dari lot kediaman dan 10% lot perniagaan dalam kawasan luar bandar dikekalkan manakala 10% purata bagi projek kawasan bandar keseluruhannya dikekalkan untuk kuota Orang Melayu

5.3 Kadar sumbangan berikutan daripada pelepasan kuota

Bil

Kadar mulai 19.3.98

Kadar mulai 1.1.99

1

RM 25,000 – RM60,000

- 5%

RM25,000 – RM60,000

- 5%

2.

RM60,001-RM100,000

- 7.5%

RM60,001-RM100,000

- 7%

3.

RM100,001-RM150,000

- 10%

RM100,001-RM150,000

- %

4.

RM150,001-RM200,000

- 12.5%

RM150,001-RM200,000

- 7%

5.

RM200,001 ke atas

- 15%

RM200,001 ke atas

- 7%

6.

Lot Banglo tanpa bangunan

- RM15,000 satu lot

- 7% atau RM12,000 selot mana yang rendah

Kadar sumbangan mulai 19.3.98 terpakai bagi pelepasan lot-lot kuota Orang Melayu yang belum dikeluarkan Sijil Kesempurnaan Menduduki oleh Pihak Berkuasa Tempatan; manakala kadar sumbangan mulai 1.1.99 adalah terpakai untuk bangunan-bangunan yang telah dikeluarkan Sijil Kesempurnaan Menduduki.

5.4 Kadar sumbangan berikutan pengecualian membina 30% rumah kos rendah

Bil

Kategori Harga RM

Jumlah Sumbangan Seunit RM

1.

40,001 – 50,000

2,000

2.

50,001 – 60,000

3,000

3.

60,001 – 70,000

4,000

4.

70,001 – 80,000

5,000

5.

80,001 – 90,000

6,000

6.

90,001 – 100,000

7,000

7.

100,001-110,000

8,000

8.

110,001-120,000

9,000

9.

120,001-130,000

10,000

10.

130,001-140,000

11,000

11.

140,001-150,000

12,000

12.

150,001-200,000

13,000

13.

200,001- ke atas

15,000

14.

Lot banglo kosong

15,000

5.5 Harga siling baru rumah kos rendah

i) Harga rumah kos rendah ditetapkan mengikut lokasi serta golongan sasar.

ii) RM30,000 : dalam kawasan Bandar II, Pekan II dan Pingir Bandar

iii) RM35,000 : dalam kawasan Bandar I

iv) RM42,000 : pembinaan rumah pangsa melebihi 5 tingkat dan mempunyai lif


Bandar I : Kawasan Bandar Melaka I – XLII dan Bandar Bukit Baru Sek I –V.

Bandar II : Bandar Alor Gajah, Jasin, Masjid Tanah, Merlimau dan Pulau Sebang

Mukim I: Bukit Baru, Bukit Piatu, Peringgit, Balai Panjang, Bukit Rambai, Tanjung Kling, Pengkalan Rama, Cheng, Bertam, Alai, Padang Temu, Bachang, Duyong, Bukit Katil, Batu Berendam, Semabok, Tangga Batu, Ujong Pasir, Klebang Besar, Klebang Kecil, Bemban, Durian tunggal, Ayer Molek, Sg, Udang, Sg Rambai, Selandar.

Pekan I : Tangga Batu, Bukit Rambai, Batu Berendam, Klebang dan Tanjung Kling

Pekan II : Paya Rumput, Kandang, Lubok China, Kuala Sg Baru, Rembia.

Mukim II : Mukim-mukim selain dari mukim I

 

5.6 Dasar Penetapan Peratusan Kuota Orang Melayu Bagi Projek Pembangunan Negeri Melaka 

Parlimen

Kawasan

Peratusan Kuota Orang Melayu

Kediaman

Perniagaan

1. Kota Melaka

Tengkera
Durian Daun
Bandar Hilir
Duyong
Alai

Tidak )
Lebih ) 30%
 )
60%
70%

Tidak )
Lebih ) 30%
)
30%
30%

2. Batu Berendam

Tangga Batu
Paya Rumput
Ayer Keroh
Bachang
Ayer Molek

70%
60%
60%
60%
65%

30%
30%
30%
30%
30%

3. Alor Gajah

Kuala Linggi
Ramuan China
Melekek
Masjid Tanah
Sungai Udang

70%
70%
70%
70%
70%

30%
30%
30%
30%
30%

4. Selandar

Pulau Sebang
Bukit Sedanan
Bukit Asahan
Durian Tunggal
Rembia

50%
50%
60%
70%
60%

30%
30%
30%
30%
30%

5. Jasin

Ayer Panas
Rim

Merlimau
Serkam
Sungai Rambai

60%
60%
60%
60%
60%

30%
30%
30%
30%
30%