TANAH ADAT

Muat Turun Rujukan Di sini
[ Lampiran 1 ]::Jadual Enam
[ Lampiran 2 ]::Jadual Tujuh
[ Lampiran 3 ] ::Cabutan Para 3 dari Jadual Lima Kanun Tanah Negara
[ Lampiran 4 ] ::Carta Aliran Permohonan Menjadikan Tanah Adat Melaka

Latar Belakang

1.1. Dalam perlaksanaan kawalan pemilikan tanah bagi orang-orang Melayu, negeri Melaka tidak menggunakan Malay Reservation Enactment justeru itu tidak ada tanah simpanan Melayu seperti yang terdapat dibeberapa negeri di Semenanjung. DiMelaka tanah seperti ini dikenali sebagai Tanah Adat Melaka atau Customary Lands yang diujudkan dibawah Malacca Lands Customary Rights Ordinance of the Straits Settlements SS Cap.125. Ordinan tersebut telah mansuh dengan berkuatkuasanya National Land Code ( Penang & Malacca Titles ) Act 1963 (Revised 1994) pada 1.1.1966.

1.2. Part VIII akta tersebut iaitu dari seksyen 94 hingga seksyen 109C terbahagi kepada 4 Chapter meliputi tajuk-tajuk Preliminary, Application of the National Land Code, Certificated Lands dan Restrictions in Use and Interest. Pemakaian Part VIII ini adalah bagi negeri Melaka sahaja (S.95) dan hendaklah dipakai bersama National Land Code Act 56 of 1965 atau Kanun Tanah Negara (S.99). Kadar dan kaedah dibawah Kaedah Hakmilik Tanah 1965 diguna bersama Kaedah Tanah Melaka 1966. Namun demikian untuk menyelesaikan apa-apa percanggahan Part VIII hendaklah mempunyai keutamaan daripada Kanun Tanah Negara (S.99 – proviso).

1.3. Part VIII memperuntukkan pengujudan Tanah Adat Melaka yang baru dengan suatu kaedah yang unik dan Pentadbiran Tanah Melaka telah mengeluarkan dua garis panduan dalam Arahan PTG Bil. 1/89 dan Arahan PTG Bil. 2/92 untuk melicinkan perlaksanaannya.

Tafsiran

2.1. Melayu bermaksud seorang yang berugama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu serta mengamalkan adat Melayu dan -

    1. telah lahir di Persekutuan sebelum Merdeka atau lahir dari ibu bapa yang salah seorang darinya lahir di Persekutuan, atau pada hari tersebut bermastautin di Persekutuan;
    2. lahir dari orang yang tersebut.

2.2. Syarikat Tanah Adat Melaka atau Malacca Customary Land Company adalah syarikat yang didaftar dibawah Akta Syarikat dimana semua anggotanya adalah Melayu, undang-undang tubuhnya melarang pindahmilik sahamnya kepada orang selain dari orang Melayu dan salah satu matlamat syarikat adalah berurusan dalam Tanah Adat Melaka. Untuk maksud Part VIII Syarikat Tanah Adat Melaka adalah dianggap sebagai Melayu.

2.3. Tanah Adat Melaka atau disebut sebagai Customary Land dalam Akta adalah tanah adat dalam pengertian Malacca Lands Customary Rights Ordinance of the Straits Settlements SS Cap.125 sebelum 1.1.1966 dan adalah termasuk tanah yang telah diendors sebagai MCL dibawah S.109A(2) dan tanah yang diberimilik semula atau dilupus dibawah S.109B(3). Pemegang Tanah Adat atau Customary Land-holder adalah seorang yang telah didaftar sebagai tuan punya Customary Land atau Tanah Adat Melaka sebelum 1.1.1966 dibawah Ordinan SS. Cap.125.

2.4. Seorang yang menerima certificate dari Pihak Berkuasa Negeri mengikut S.104 atau seorang bukan Melayu yang dianggap sebagai tuan punya tanah adat kerana telah didaftarkan sebagai Customary Land-holder adalah seorang Certificated Person. Seorang Certificated Person tidak berhak untuk didaftar sebagai tuanpunya Tanah Adat selain dari tanah yang disebut dalam certificate nya. Seorang Certificated Person sebagai tuanpunya Tanah Adat mempunyai hak yang berkekalan terhadap pemilikan tanah itu dan apabila ia meninggal dunia tanah tersebut boleh dipindahkan (transmit) mengikut undang-undang yang berkuatkuasa. Tanah adat didalam Malacca Customary Land Register yang dimiliki oleh Certificated Person itu adalah Certificated Land (S.105). Apabila Certificated Land pada bila-bila masa, samada secara pindahmilik, perwarisan atau apa cara sekali pun menjadi berdaftar diatas nama seorang Melayu, status Certificated Land itu akan hilang.

2.5. Tanah Adat Melaka yang dipercayai oleh Pentadbir Tanah sebagai tertakluk kepada adat Naning hendaklah dicatit dengan perkataan "Naning Custom" S. 97.

2.6. Selepas 1.1.1966 Daftar Hakmilik dibawah Ordinan SS Cap.125 adalah terus digunakan tetapi hendaklah dikenali sebagai Malacca Customary Land Register iaitu Daftar Hakmilik Tanah Adat Melaka (S. 102). Pentadbir hendaklah menyedia dan mengeluarkan dokumen hakmilik sambungan mengikut kaedah penyediaan Geran Mukim yang ditetapkan dalam Kanun Tanah Negara. Daftar Hakmilik Tanah Adat Melaka hendaklah disenggarakan berasingan dari semua daftar hakmilik tanah yang lain S.102(5).

PEMBANGUNAN TANAH ADAT MELAKA

3.0  Tanah Adat Melaka mampu dibangunkan seperti tanah-tanah lain juga malah dari suatu aspek ianya adalah lebih menarik kerana akan menikmati keistimewaan kadar yang setengah bagi semua pembayaran dibawah Kaedah Tanah Melaka 1966.

3.1 Tanah Adat Melaka mampu dicagar kepada mana-mana badan yang disenaraikan dalam Jadual Enam dan mana-mana badan atau institusi kewangan boleh memohon untuk disenaraikan dalam Jadual tersebut.

3.2  Pada masa ini belum ada peruntukan yang membolehkan Tanah Adat Melaka dalam Bandar dijadikan pajakan untuk ditukar dengan tanah pajakan diluar bandar yang dijadikan Tanah Adat Melaka. Untuk tujuan pembangunan ianya hanya boleh dilakukan melalui proses pengambilan balik tanah.